Khamis, 3 Ogos 2017

Skandal FIC: 2 individu disyaki urus dokumentasi jual beli hotel di London ditahan

Mereka disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum ia dijual kepada FIC.
FIC-FeldaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 2 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembelian sebuah hotel mewah di Kensington, London oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Mereka disyaki terlibat menguruskan proses dokumentasi perjanjian jual beli antara pemilik asal dan syarikat ketiga sebelum ia dijual kepada FIC.
Suspek pertama seorang peguam berusia 44 tahun yang beroperasi di Kuala Lumpur manakala suspek kedua seorang pembantu perundangan berusia 29 tahun di firma undang-undang itu.
Mereka ditahan sekitar jam 4.00 petang di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Sumber berkata peguam tersebut juga mempunyai kaitan dengan pemilik syarikat yang membuat urusan jual beli hotel dengan FIC.
Manakala suspek kedua pula dipercayai turut memainkan peranan penting terlibat dalam menandatangani perjanjian jual beli itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Beliau tidak menolak kemungkinan akan ada lebih ramai lagi individu yang akan ditahan selepas ini.
Kedua-dua suspek akan direman di mahkamah Putrajaya esok untuk membantu siasatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA