Rabu, 2 Ogos 2017

Skandal Felda: SPRM bawa keluar 2 beg dokumen dari pejabat FIC

Pasukan SPRM berada selama 8 jam di premis FIC dalam siasatan berkait pembelian hotel di UK dan Sarawak.
macc-3
KUALA LUMPUR: Selepas hampir 8 jam, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melangkah keluar pejabat Felda Investment Corporation (FIC) bersama 2 beg dokumen berkait pembelian sebuah hotel 4 bintang di United Kingdom dan di Kuching, Sarawak.
Pasukan penyiasat SPRM itu beredar dari premis FIC di Menara Felda, Platinum Park kira-kira jam 5.10 petang selepas tiba kira-kira jam 10.00 pagi tadi.
SPRM enggan mengulas berhuhung rampasan 2 beg dokumen FIC hari ini.
macc-2
Pagi tadi, 4 pegawai SPRM menyerbu Menara Felda dalam siasatan melibatkan pembelian hotel di Kuching, Sarawak dan Kensington, London yang dikatakan melebihi harga pasaran.
Ia dibuat susulan penangkapan seorang bekas pegawai khas kepada bekas pengurusan tertinggi Felda dan bekas pegawai pengurusan kanan Felda, berhubung pembelian kedua-dua hotel tersebut semalam.
Semalam, bekas ketua pegawai eksekutif FIC ditahan reman 4 hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London

Individu berumur 46 tahun merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sembilan.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC dengan harga yang dipercayai jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat Felda itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilapor membeli hotel 4 bintang di Kensington pada harga £60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014.
Minggu lalu, SPRM merampas dokumen berkait pembelian sebuah hotel di Kuching, Sarawak oleh FIC.
SPRM berkata pasukan penyiasatnya menyerbu 6 lokasi di ibu negara dan Kuching hari ini untuk mengumpul maklumat berhubung pembelian hotel itu pada 2014 sebelum merampas dokumen berkaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA