Sabtu, 12 Ogos 2017

SKANDAL 1MDB vs FOREX BNM 80s

Oleh : Onn Ismail 

Kejayaan atau kegagalan sesuatu projek pasti akan menghasilkan kesan. Tidak kiralah, kesan skala kecil atau sederhana. Hal ini berkait rapat dengan jurumudi atau kepala yang merencana dan men diagnosis elemen berkenaan. Kebiasaannya sesuatu perancangan oleh manusia ini akan dibantu oleh sekumpulan manusia lain secara sulit atau terang untuk mendabrak atau menyusun strategi bagi memungkinkan keteberhasilan figura yang dirancang. Apa yang pasti, sesuatu perancangan itu wajib mencapai keuntungan maksimum di atas kertas. Begitu juga hal yang berkaitan dua skandal di atas.

Dalam mengolah dua persoalan mega berkenaan, sebenarnya tidak memerlukan cerdik pandai untuk membuat kalkulasi. Kesan jangka panjang daripada kedua objek berkenaan bersifat subjektif dan kritikal. Kita bermula dengan isu 1MDB. Isu ini bermula apabila dokumen transaksi aliran tunai milik Najib yang bernilai RM2.5 billion telah lolos di kalangan ahli politik. Isu ini menjadi bahan sindiran dan kecaman bagi pihak oposisi apabila Najib menyatakan ianya datang dari derma Pak Arab. Belum usai dengan berita itu, kita sekali lagi dikejutkan pula dengan saman DOJ meng absahkan bahawa dana rakyat telah diseleweng oleh MO1 melalui nama-nama yang disebut sebagai Jho Low dan Reza Aziz. Dana yang terlibat bukan kepalang, menjangkau ratusan jusa USD! Maka, apabila perkara ini mula tersebar ke tanah air, ianya menjadi serangan politik yang berterusan. Kredit untuk Mahathir yang menyerang Najib secara konsisten.

Akibat dari itu, kita dikejutkan pula dengan serangan Skandal Tukaran Asing - BNM sekitar 80an yang menyebabkan kerajaan atau BNM kerugian sekitar RM10-15 billion. Mahu atau tidak Mahathir turut terheret sama dalam kancah peperangan politik sumbing lagi bebal. Ironinya ketika kes berkenaan berlaku, Najib turut berada dalam kabinet Mahathir! Ketirisan yang berlaku lebih dua dekad lalu digali semahunya. Untuk berlaku adil, penulis akan membuat perbandingan kesan kedua skandal berkenaan terhadap masyarakat dan negara tanpa prejudis.

Adalah dianggarkan HUTANG LUAR NEGARA TERKINI PADA SUKU KE 4 TAHUN 2016 bernilai RM908.7 billion manakala RIZAB BANK NEGARA pula hanya RM450.5 billion. (Sumber ; Economic & Financial Data for Malaysia (BNM) 17 MAC 2017) melibatkan hutang kerajaan yang kronik, yang memungkinkan keterlibatan liabiliti 1MDB. Ini bermakna peningkatan berkali-kali ganda semenjak Najib mengambil alih tampuk sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri Malaysia. Tidak perlulah kita bersurah tentang ekonomi mikro dan makro, yang memuingkan otak.


Berbanding dengan zaman Mahathir, kadar tukaran wang asing yang dalam stabil, Selama 22 tahun dibawah pentadbiran beliau, negara kita tidak pernah mengalami defisit perbelanjaan mahupun kadar hutang yang keterlaluan. Zaman emas ekonomi Malaysia bertambah baik dengan penyertaan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan. Rakyat menikmati limpahan kemakmuran ekonomi mampan lagi berdaya maju. Boleh diindikasikan perbandingan antara dua zaman ini ibarat langit dan bumi.

Walaupun terpalit dengan isu FOREX, ianya sama sekali tidak mengheret rakyat membayar segala jenis cukai yang membebani kehidupan seharian.

Dengan pelbagai produk era Najib, ternyata ianya hanya omong kosong dan tidak popular. Rakyat mula muak dengan retorik dan janji-janji murahan lagi meloyakan. Lebih-lebih lagi dengan pendedahan demi pendedahan mengenai keterlibatan Rosmah Mansur dalam pentadbiran negara membuatkan rakyat semakin mual. Segala ketirisan yang melibatkan penyalahgunaan beratus juta USD serta keborosan yang melampaui batas secara langsung yang dipapar mula mengkikis kepercayaan masyarakat terbanyak.

Selain itu, peningkatan kadar pengangguran juga semakin mendadak berbanding era Mahathir. Sehingga Ogos 2016 adalah dianggarkan 516,000 penganggur wujud (sumber ; Jabatan Perangkaan Malaysia) dan mungkin ketika ini semakin meningkat. Apabila isu ini dibangkitkan, tiada pula jalan penyelesaian secara tuntas diambil. Yang ada hanyalah retorik dengan menggesa belia meyertai bidang pembuatan dan perladangan bagi menggantikan pekerja asing seperti Bangla dan Indon.

Kenaikan harga barang adalah impak yang paling dirasai. Dengan penarikan subsidi beberapa jenis barang keperluan asas dan pelaksanaan GST menambahkan lagi keperitan masyarakat. Rentetan dari itu, BRIM diperkenalkan untuk kumpulan sasar, tetapi bantuan berkenaan bukanlah menyeluruh.

Kerajaan Najib memperuntukan RM6.8 billion pada bajet 2017, berbanding kutipan yang diterima iaitu sebanyak RM41.2 billion pada tahun lepas (sumber; Berita Harian Online). Dua perkara ini tidak berlaku di zaman Mahathir. Kalau diturutkan, terdapat banyak lagi perbandingan dan kesan atas dua subjek yang dibincangkan. Sudah tentu kontra tentang 1MDB lebih terkesan berbanding FOREX-BNM.

Kesimpulannya, atas dasar political millage, RCI FOREX telah diwujudkan bagi menutup segala ketirisan dan kebobrokan penipuan skandal 1MDB. Sehingga ke hari ini, skandal itu masih mendapat perhatian masyarakat antarabangsa yang memandang Malaysia sebagai negara kleptokrat. Tidak cukup dengan itu, segala persoalan mengenai 1MDB yang sepatutnya dibahaskan di Parlimen dibakulsampahkan tanpa rasa bersalah. Jangan lupa tentang penjualan aset kepada Negara China, perkara ini pun tidak pernah berlaku di zaman Mahathir!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA