Selasa, 8 Ogos 2017

Skandal 1MDB: SPRM akan kaji memorandum 1MDB diserahkan Pakatan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum melihat isi kandungan memorandum 1MDB yang dihantar pagi tadi.
azam-baki-sprm1PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengkaji memorandum diserahkan Pakatan Harapan (PH) yang menggesa siasatan ke atas 1MDB.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana belum melihat isi kandungan memorandum yang dihantar pagi tadi.
“Dia (PH) datanglah ke pejabat. Saya pun tak tahu kandungan memorandumnya.
“Jadi kita lihat memorandumnya. Memorandum banyak hantar kepada kami dan ada daripadanya (maklumat) diambil dalam blog.
“Yang penting apakah isi kandungannya. Biar kami lihat memorandumnya,” katanya ketika ditemui di luar Ibu Pejabat Imigresen, hari ini.
Sebelum itu, pimpinan PH yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Naib Presiden PPBM, Datuk Abdul Rashid Asari, Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus dan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah, Darell Leiking ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyerahkan memorandum 1MDB.
PH menerusi memorandum itu menggesa SPRM membuka siasatan baru terhadap 1MDB berdasarkan saman sivil terkini Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana penyelewengan dana 1MDB merosakkan nama baik Malaysia.
Mereka berkata, SPRM berperanan penting memulihkan maruah rakyat Malaysia dengan menghadapkan mereka yang terbabit dalam rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa, ke muka pengadilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA