Jumaat, 11 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Putrajaya tak perlu gembira ekoran keputusan DoJ

Rewcastle-Brown berkata saman sivil hanya 1 cara untuk menghalang mereka yang disyaki menggelapkan dana 1MDB daripada melupuskan aset yang diperoleh secara haram.
clare-brown-dojPutrajaya tidak perlu gembira berikutan langkah terbaru Amerika Syarikat yang tidak meneruskan saman sivil berkaitan 1MDB, kata editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam menolak saman sivil itu sedar akan ia akan membawa kepada kes jenayah melibatkan firma yang bermasalah itu.
“Ini hanyalah salah 1 daripada banyak tuntutan beliau yang mengelirukan dan palsu, yang sudah banyak kali dibuktikan,” kata Rewcastle-Brown dalam e-mel kepada FMT.
“Akhirnya kes itu akan menjadi pertuduhan jenayah,” kata wartawan yang berpusat di London.
Semalam DoJ meminta mahkamah Los Angeles agar menggantung buat sementara permohonan sivil yang bertujuan merampas aset yang diperolehi ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menurutnya, meneruskan permohonan itu akan menjejaskan siasatan jenayah terhadap firma milik kerajaan Malaysia yang kehilangan berbilion dolar.
Seorang ejen FBI pula dilaporkan memberi amaran maklumat yang didedahkan dalam kes sivil itu mungkin mendedahkan “sasaran yang berpotensi dan subjek siasatan serta teknik siasatan yang pernah dan akan digunakan dalam siasatan.”
“Pendedahan sedemikian boleh mengakibatkan kemusnahan bukti, subjek dan sasaran yang berpotensi, atau mengenal pasti dan mengugut saksi yang berpotensi,” kata ejen itu.
Rewcastle-Brown berkata saman sivil hanya 1 cara untuk menghalang mereka yang disyaki menggelapkan dana 1MDB daripada melupuskan aset yang diperoleh secara haram.
“Tujuan penyitaan aset sentiasa menghalang penjenayah daripada membelanjakan harta mereka sebaik sahaja mereka menyedari mereka sedang disiasat dan menghadapi pendakwaan,” katanya.
Rewcastle-Brown berkata apa yang akan berlaku ke atas aset disasarkan DoJ, termasuk harta mewah dan karya seni, kini bergantung kepada hasil prosiding jenayah.
“Sekiranya mereka tidak dapat membuktikannya, maka aset itu akhirnya akan dikembalikan,” katanya.
Dalam saman sivilnya, DoJ mendakwa di antara 2009 dan 2015, lebih AS$4.5 bilion daripada 1MDB diselewengkan kepada beberapa pegawai tinggi 1MDB dan rakan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA