Isnin, 7 Ogos 2017

Skandal 1MDB: PAS terima penjelasan 1MDB......

Selepas mendengar penjelasan 1MDB, PAS hari ini menyatakan rasa puas hati dengan pelan rasionalisasi dilakukan syarikat terbabit ketika isu pembayaran hutang yang ditanggung agensi milik kerajaan itu masih menjadi tanda tanya.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata partinya berharap isu seumpama itu perlu dipantau parlimen.
"Maknanya, Kementerian Kewangan dan menteri perlu memberi laporan kepada parlimen supaya anggota parlimen dapat mengikuti setiap perkembangan dan tidak timbul masalah baru," katanya.
Terdahulu Tuan Ibrahim mengetuai delegasi PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk ketua pegawai eskekutifnya Arul Kanda Kandasamy.
Turut hadir Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha agung parti itu Datuk Takiyuddin Hassan.
Kata Tuan Ibrahim PAS penjelasan yang diberi Arul Kanda memberikan penerangan mengenai kemelut yang dihadapi 1MDB, terutama berkaitan pelan rasionalisasi yang dicadangkan.
"Hasil perbincangan tersebut kami dapati apabila aset diserahkan kepada MOF Inc, kita perlu pantau isu-isu yang timbul daripada aset-aset tersebut sebab apabila ia diambil alih oleh kementerian, PAS bimbang akan mencetuskan masalah baru kalau tidak dikawal.

5 ulasan:

  1. Orang agama cakap pasal kewangan. Hehehe.... terbelit dan terbeliak nanti!

    BalasPadam
  2. TITM kenapa tak ceritakan masalah melanda 1mdb.....
    Cerita pasal rasionalisasi...hutang tetap kena bayar....cuma pindah hutang dari 1mdb kpd MOF...akhirnya rakyat jg yg bayar..

    BalasPadam
  3. Arul kanda telan hidup2 3 lebai ini...

    BalasPadam
  4. Bagaimana dengan kesalahan pihak² terbabit yang sengaja mencuri wang 1mdb spt dengan sengaja membayar kepada Aabar palsu? Tak kena apa² hukuman? Jho Low dan Rizal bagaimana pula? Pm kata dia dapat derma, tpm pula sahkan dah jumpa penderma tapi makluman doj berlainan. Siapa yang betul? TITM tak nak siasat ker? Atau pas nak biarkan sahaja rakyat tanggung kerugian yg dirancangkan ini tanpa pembelaan?

    BalasPadam
  5. RM90j adalah sebahagian dari bayaran kepada Aabar palsu, itu sebab pis terima penjelasan Arul.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA