Jumaat, 11 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Hantar wakil Malaysia sertai siasatan DoJ

Gobindh Singh berkata Malaysia harus sertai penyiasatan jenayah oleh pihak berkuasa AS terhadap aset yang didakwa dibeli menggunakan wang yang digelapkan daripada 1MDB.
gobindAhli Parlimen Puchong Gobindh Singh Deo mahu kerajaan hantar wakil ke Amerika Syarikat mengikuti perkembangan selepas AS mengumumkan mereka menjalankan penyiasatan jenayah terhadap wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB bagi membeli hartanah dan aset lebih AS$1 bilion.
Mengatakan Peguam Negara perlu segera menghantar wakil untuk sertai penyiasatan, Gobind menambah: “Laporan penuh kemudian perlu dibentangkan kepada Kabinet, dan kerajaan mesti beri taklimat kepada Parlimen tentang apa yang berlaku, dalam persidangan Dewan Rakyat seterusnya .”
Ahli Parlimen DAP itu beritahu FMT: “Kita tidak boleh mengendahkan perkara yang jelas. Sekarang kita sedang melihat pada penyiasatan jenayah. Ini mewajarkan tindakan segera dan cepat dari pihak kita.”
Seorang lagi Ahli Parlimen DAP, Ramkarpal Singh beritahu FMT langkah AS itu mungkin kerana bimbang pendedahan dalam kes sivil akan memusnahkan bukti, menyukarkan kes jenayah itu.
Beliau berkata: “Nampaknya Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) memfailkan permohonan penggantungan atau menghentikan buat sementara waktu prosiding sivil berkenaan 1MDB yang dimulakan olehnya atas sebab bukti yang terdedah ketika prosiding sivil mungkin menjejaskan siasatan jenayah yang sedang dijalankan ke atas 1MDB.
“Kebimbangan seperti itu termasuklah pemusnahan bukti yang mungkin berlaku akibat pendedahan pada prosiding sivil yang mungkin menghalang penyiasatan DoJ ke atas hal itu.”
Najib perlu jelaskan peranannya

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua menyeru Najib supaya berterus-terang mengenai hal 1MDB.
“Itu yang paling adil. Beliau tidak boleh berpura-pura tidak tahu, atau mengatakan kes itu tiada kaitan dengannya kerana ini telah menjadi kes jenayah di AS.”
Beliau menggesa Najib menjelaskan langkah diambil untuk memperoleh aset yang dicari DoJ dalam tindakan rampasan harta mereka. Aset itu, katanya, kepunyaan rakyat Malaysia.
Naib presiden PKR itu mengatakan penyiasatan AS terhadap aset yang dikatakan dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB ialah perkara jenayah. Bagaimanapun, DoJ mengambil pendekatan waspada dan profesional apabila mereka mengelaskannya sebagai tuntutan sivil.
“Kini, mereka sudah ada bukti yang sah mengatakan perkara ini bersifat jenayah,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA