Selasa, 8 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Apa yang Pas puas hati selepas jumpa Arul Kanda.??



Terkejut terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyatakan rasa puas hati terhadap penjelasan Arul Kanda Kandasamy tentang 1MDB, Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa menimbulkan beberapa persoalan.
ipic 1mdb 3"Dari mana 1MDB akan memperolehi RM2.5 bilion untuk bayaran kepada IPIC yang termungkir pada 31 Julai lalu kalau bukan dibayar oleh Kerajaan Malaysia menerusi pengeluaran bon," soal beliau.
"Pelan rasionalisasi mana pula yang menghasilkan RM2.5 billion untuk bayaran itu jika benar 1MDB sendiri membayarnya?
"Secara khusus apa yang dikatakan oleh Timbalan Presiden Pas sebagai 'Pas berpuas hati' dengan pelan rasionalisasi itu," soalnya lagi.
Semalam, Arul Kanda yang merupakan Presiden 1MDB memberikan penerangan kira-kira dua jam kepada Tuan Ibrahim dan hampir 30 ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, serta tokoh jemputan seperti bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Sidang meja bulat itu diadakan di Hotel de Palma, Ampang.
“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut.
Husam turut membangkitkan semula kenapa bayaran pertama kepada Aabar dulu dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang salah.
"Apa tindakan yang telah diambil ke atas pengurusan atas 'kesilapan' itu sehingga kini," katanya.
Kenapa katanya 1MDB tidak berterus terang tentang salah pembayaran itu dengan rakyat Malaysia selama ini.

"Jika ia tidak tersalah bayar, kenapa 1MDB tidak berjaya membuktikan hal itu semasa Arbitrasi di London?
"Adakah isu-isu ini dibangkitkan oleh Pas semasa bertemu Arul," katanya.
Jika semua ini telah dijelaskan dalam pertemuan antara dua pihak itu, beliau mahu perkara itu dikongsikan dengan rakyat jelata.
"Jelaskan kepada umum. Barulah kami boleh faham apa yang telah Pas berpuas hati," katanya.
Syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) pada 1 Ogos memberikan masa lima ari bekerja kepada 1MDB untuk melangsaikan hutang AS$603 juta (kira-kira RM2.58 bilion) yang gagal dibayar pada 31 Julai.

8 ulasan:

  1. Depa mkn Kambing golek free kut..tu yg puas hati..semua dah Pening ..dah tepu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut khinzir panggang disangka kambing golek.

      Padam
    2. Takut khinzir panggang disangka kambing golek.

      Padam
  2. baik presideng.... baik timbalang presideng.... sama je.... satu benda pun tak tahu urusan kewangan dan ekonomi. taraf juru nikah diangkat menjadi presideng..... maka rosaklah parti politik....

    BalasPadam
  3. hati puas...tapi kepla pening....tak faham....apa ni macha cakap..... lain mcm pusing dia..lencong sana lencong sini.....hihihihihi

    BalasPadam
  4. Ingat kan yg ni cerdik rupanya sama mcm presideng....camni perintah negara hancur....dah curi....buat yg haram...pun ok jugak....hmmm

    BalasPadam
  5. Selain khalud ibrahim yang lain dari. Pas tu mungkin tak faham apa yang arul explain dan korner² sikit. Jadi untuk tidak nampak depa tak faham erti monitari manipulasi kleptokrasi nondemokrasi curiduitsi cukairakyatsi sanasinisi, maka cakaplah pas puas hati.

    BalasPadam
  6. setuju sokmo PAS nie...kene kelentong ngan arul.....arul....pusing sana...pusing sini.....lencong sana....lencong sini....kelentong lg....last2 dia cakap.....yg akhirnyer....duit masuk akaun najib....jadi mmg duit najib ler......kan 1MDB tu najib punyer.....jet mewah najib punya.........PAS siap angguk jer ler.......mcn upin ipin....betul....betul...betullll......hihihihi

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA