Isnin, 7 Ogos 2017

SHAH ALAM JADI PENANDA ARAS UNTUK BN TAWAN SELANGOR, SEMBANG NAJIB


PERDANA Menteri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu menjadi kerajaan yang lebih baik di Selangor berbanding yang sedia ada.
Malah katanya, Shah Alam yang merupakan ibu negeri itu juga menjadi penanda aras untuk BN kembali merampas negeri itu pada pilihan raya akan datang.
“Tujuan saya tak lain tak bukan untuk menghantar satu mesej politik (iaitu) kalau Shah Alam ini merupakan ibu negeri Selangor kalau kita nak melakukan perubahan landskap politik negeri Selangor maka perubahan tersebut mesti lahir berputik berkembang dan menjadi gelombang kuat di Shah Alam,” katanya
Najib berkata, kesediaannya untuk hadir di kawasan Parlimen dikuasai pembangkang hari ini juga adalah sebagai satu isyarat politik bahawa akan berlaku perubahan kerajaan pemerintah di Selangor.
“Ungkapan  menang di Shah Alam menang di Selangor. Dalam demokrasi parlimen ia bergantung kalau orang putih cakap ‘is a game of number’ untuk jamin kemenangan,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Shah Alam hari ini.
Beliau berkata kerajaan pembangkang yang mentadbir Selangor hanya tahu menabur janji kosong namun gagal melaksanakannya.
Sebagai contoh katanya polisi pendidikan percuma yang diperjuangkan tidak pernah berlaku di negeri itu malah yuran pembelajaran institusi pendidikan bawah kerajaan negeri didakwa lebih mahal.
“Salah satu janji ppembangkang ada PRU dulu adalah nak bagi pendidikan percuma. Tetapi hari ini Unisel (Universiti Selangor) pun belum percuma,” katanya.
Najib berkata, manifesto pembangkang untuk memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga tidak mungkin berlaku.
“Sebab itu kita kena beritahu (rakyat) pembangkang banyak bohong. Banyak janji mereka tak dilaksana konon nak hapus GST. Itu semua Bidaah. Mana mungkin nak tarik balik hasil negara RM42 bilion.
“Oleh itu BN Selangor akan membentangkan manifesto terbaik dengan pelaksanaan yang relevan tanpa janji tidak masuk akal seperti mana pembangkang,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA