Khamis, 3 Ogos 2017

Saman NFC 300K: MP PAS antara penyumbang derma RM1.5 juta pada Rafizi

Sepuluh hari yang lalu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menyelesaikan bayaran ganti rugi sebanyak RM300,000 dan kos lain berkaitan saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC) terhadapnya.
Petang ini, anggota parlimen Pandan itu mengumumkan beliau telah mengutip sejumlah RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.
Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan renggang antara PKR dan PAS.
"Ketika ceramah di Temerloh minggu lepas, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya dalam satu kenyataan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA