Isnin, 7 Ogos 2017

RUU pinda Akta 164 ditarik balik oleh menteri

Kerajaan hari ini menarik Rang Undang-undang (RUU) Memperbaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) yang menghalang penukaran agama sepihak ketika ia berada di peringkat bacaan kedua.
Keputusan itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa ia ditarik balik.
RUU itu disenaraikan pada nombor ke-10 dalam kertas aturan mesyuarat hari ini.
Ia dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada November tahun lalu dan ditangguhkan untuk kali kedua hari ini.
Kali pertama ia ditangguhkan di peringkat bacaan kedua ialah pada 6 April lalu.
Pindaan ke atas akta berkenaan dibuat bagi mengelak amalan penukaran agama anak-anak secara unilateral (persetujuan sebelah pihak).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA