Ahad, 6 Ogos 2017

RM42.8 juta gagal dikutip, Kerajaan BN Johor terus gadai aset negeri



laporan audit 2016Laporan Ketua Audit Negara 2016 yang menyatakan terdapat sebanyak RM42.8 juta hasil gagal dikutip oleh Kerajaan Negeri Johor membabitkan Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) dan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) membuktikan kerajaan BN terus menggadai aset negeri.
Kegagalan dalam kutipan ini adalah berpunca daripada Projek Ladang Hutan (PLH) yang membabitkan sebanyak 73888.8 hektar (182579 ekar) yang melibatkan tanah Hutan Simpan Kekal (HSK), Cadangan Hutan Simpan Kekal (CHSK) dan tanah kerajaan daerah Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Mersing.
Dzulifly Ahmad Amanah JohorMenurut Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Dzulkefly Ahmad, PLH yang dijalankan di negeri ini adalah melibatkan proses menghutankan semula tanah hutan terosot untuk dijadikan bekalan kayu untuk perabot di negeri Johor.
Menurut beliau lagi, terdapat sepuluh syarikat yang diberikan hak untuk menguruskan projek di kawasan hutan ini dengan tujuan untuk menanam semula pokok bagi memperbanyak industri kayu di negeri itu.
"Matlamat PLH pada asalnya adalah untuk menghutankan semula kawasan hutan terosot tanpa melibatkan perbelanjaan kerajaan negeri di samping tidak bergantung kepada bekalan kayu dari hutan asli sahaja bagi menjamin kelangsungan industri perabut di Johor.
"10 pengusaha telah dilantik oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan PLH bagi tempoh antara 30 hingga 60 tahun bermula dari tahun 2001 - 2009. Pengusaha akan menanam Pokok Getah Balak (Timber Latex Clone), pokok Akasia serta lain-lain pokok hutan," kata Dzulkefly.
Beliau berkata, terdapat enam buah syarikat pengusaha yang tidak membayar Permit Penggunaan, dua pengusaha pula tidak membayar 'Tapping Right' dan dua syarikat lagi tidak membayar Hak Penggunaan yang sekaligus membawa sangsi kepada tindakan yang berlaku ini.

Dzulkefly turut mendesak sepuluh syarikat pengusaha ini diambil tindakan yang sewajarnya serta pihak kerajaan mengemukakan sebab mengapa syarikat-syarikat tersebut tidak diambil tindakan sebelum ini.
"Audit yang dijalankan mendapati 6 pengusaha masih belum membayar Permit Penggunaan berjumlah RM3.35 juta. 2 pengusaha tidak membayar Tapping Right berjumlah RM37.82 juta, 2 pengusaha tidak membayar hak penggunaan berjumlah RM1.92 juta dan hanya 78.5% daripada keluasan tanah yang telah diusahakan.
"Pihak Kerajaan Negeri Johor perlu memberikan penjelasan kenapakah 10 syarikat pengusaha yang telah di lantik tidak diambil tindakan undang-undang walaupun telah melanggar syarat-syarat perjanjian sekian lama," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA