Ahad, 6 Ogos 2017

Resolusi konvensyen perkukuh pasak negara akan dipersembah kepada raja-raja



Sultan NazrinResolusi yang terhasil dalam Konvensyen Memperkukuh Pasak Negara ke Arah Wasiat Lebih Tersirat akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja untuk pertimbangan.
Pengerusi Panel Perunding Perpaduan Ummah Majlis Dakwah Negara Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata satu badan khas akan ditubuhkan untuk mengikuti perkembangan resolusi.
"Konvensyen yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mencari rumusan memperkukuh institusi raja-raja sebagai paksi Melayu," katanya pada majlis pelancaran di Putrajaya semalam.
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyempurnakan majlis tersebut.
Resolusi yang terhasil akan dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembentangan Tan Sri Dr Nordin Kardi sebelum diserahkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia di akhir konvensyen hari ini.
Abdul Aziz berkata konvensyen anjuran panel perunding tersebut, julung kali diadakan untuk membuka ruang wacana tentang peranan institusi raja menurut yang termaktub dalam Perlembangaan Persekutuan dan perundangan negara.
Konvensyen dianjurkan dengan mengambil kira bahawa insititusi raja merupakan pasak yang menunjangi kedaulatan, keutuhan, kestabilan dan kesejahteraan negara.
Ia juga mengambil kira bahawa institusi raja merupakan institusi utama warisan negara yang menjadi rujukan dan harapan rakyat dalam pelbagai aspek dan keadaan kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA