Isnin, 7 Ogos 2017

PRU14: Nasib Najib di tangan pengundi terbeban kos sara hidup

Kos sara hidup yang semakin meningkat mungkin menjejaskan sokongan terhadap perdana menteri di sebalik kemarahan yang belum pudar mengenai cukai GST.
najib-malaysian-1KUALA LUMPUR: Seorang penjual goreng pisang memakaikan helmet pada 2 anaknya. Seorang lagi anaknya pula berjalan kaki dengan menyandang beg sekolah di luar rumah pangsa mereka. Dia perlu menunggu ayahnya kembali selepas menghantar 2 adiknya terlebih dahulu.
Mohd Ezam Mohd Said, 55, terpaksa membuat 2 perjalanan bagi menghantar anaknya ke sekolah setiap pagi, begitu juga semasa balik sekolah.
“Saya tidak mampu membeli kereta. Malah, saya tidak mampu makan ayam lebih daripada sekali seminggu,” kata Ezam yang meniaga di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM20 sehari.
Dari jauh, terlihat tingkap Menara Petronas setinggi 452 meter yang dipenuhi kedai dan restoran mewah berkilauan di tengah terik mentari.
Ezam hidup dalam keadaan kos sara hidup yang rendah tetapi dengan kadar sewa yang tinggi yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu kurang daripada RM2,500 sebulan.
Ini adalah kawasan paling tidak seimbang di Malaysia.
Bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menangani isu kos sara hidup akan menentukan kuasanya pada pilihan raya umum (PRU) yang dijangka diadakan tahun ini.
Ia mempertaruhkan pentadbirannya dan Umno yang tidak pernah kalah sejak 60 tahun lalu.
Walaupun mendapat kemenangan besar pada PRU lepas, selain pertelingkahan antara parti pembangkang, kenaikan kos sara hidup boleh menjejaskan sokongan ke atas Najib.
Sejak 2010, kerajaan membelanjakan lebih daripada RM1.9 bilion untuk isi rumah berpendapatan rendah.
Golongan miskin dan miskin tegar dengan pendapatan kurang RM460 sebulan di sesetengah tempat jatuh 3.8% daripada jumlah penduduk pada 2009, kepada 0.6% pada 2014, menurut data terbaru.
Jurang pendapatan antara isi rumah bandar dan luar bandar telah mengecil.
Kemarahan terhadap GST
Masih ramai rakyat Malaysia merasa kurang selamat. Mereka masih marah dengan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan 2 tahun lalu. Sentimen pengguna jauh di bawah tahap yang menunjukkan keyakinan.
Bagi Najib, persoalannya adalah berapa banyak yang mungkin diterjemahkan menjadi tindak balas pengundi.
Barisan Nasional (BN) dipimpin Umno semakin banyak memberi bantuan kepada golongan miskin dan belanjawan pada Oktober mungkin mengandungi lebih banyak bantuan untuk mereka.
Ezam juga seorang penyokong Umno, dan menerima bantuan sedemikian, dan berkata berterima kasih kepada kerajaan.
Menurut Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan, strategi seperti itu berkesan untuk Umno pada masa lalu.
“Ramai orang yang bergantung kepada peruntukan kerajaan sama ada bersyukur kepada BN atau mereka takut akan kehilangan pemberian jika mereka membuat perubahan dalam pentadbiran,” katanya.

Tetapi tidak semua orang berasa kerajaan sudah berjaya.
Pemandu teksi Isa Ismail, 61, berkata beliau dan kawan-kawannya tidak akan menyokong Najib lagi.
Pendapatannya menurun sebanyak 70% kerana syarikat perkhidmatan penumpang seperti Uber dan Grab menawarkan tambang yang lebih murah. Bekerja lebih 10 jam sehari , dia hanya mampu membawa pulang kira-kira RM70.
“BN tidak mengadakan ceramah politik,” kata Isa. “Saya rasa pembangkang akan melakukan tugas yang lebih baik untuk menjaga kebajikan kami.”
Bagi penjual air kelapa di ibu negara yang mahu dikenali sebagai Siti, pendapatannya tidak pernah cukup. Dengan 9 orang yang tinggal di pangsapuri rakyat, beliau tidur di atas lantai dengan cucunya.
“Sudah tentu saya tidak mahu kos hidup meningkat. Tetapi kerajaan yang menaikkannya, jadi apa yang boleh saya lakukan?” katanya.
Namun, wanita berusia 52 tahun itu berkata beliau akan mengundi BN.
“Saya cukup bersyukur dapat bertahan. Ia tidak sampai ke satu tahap saya perlu mengetuk rumah jiran saya untuk meminta wang.”
Koefisien Gini Kuala Lumpur – ukuran ketidaksamaan – pada 0.407, iaitu melebihi purata kebangsaan pada 2014, walaupun jurang menyempit dari 2012.
Janji PH
Kerajaan berhasrat untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal daripada perkembangan kekayaan Malaysia, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Ini dilakukan melalui pendidikan, pekerjaan dan “akses sejagat kepada keperluan asas,” katanya menjawab soalan.
Pakatan Harapan (PH) menyusun manifesto mengenai isu sara hidup, menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.
Beliau yang juga naib presiden PKR berkata janji itu mungkin sama dengan pilihan raya sebelum ini, selain menggantikan GST dengan sistem cukai yang lebih progresif dan menyambung semula subsidi.
Pengundi bandar melihat janji Najib mengenai perumahan murah dan pengangkutan yang lebih baik sebagai “kata-kata manis yang mengambil masa untuk mencapainya,” kata Rafizi.
Beliau mencadangkan pihak berwajib menetapkan kenaikan gaji minimum tahunan wajib bagi semua pekerja.
Kamzailan Kamal, 53, berkata masalah itu tidak terletak pada BN sendiri tetapi “orang di peringkat atasan.”
“Kita perlu menukar kerajaan. Turunkan Najib,” kata Kamzailan yang tidur selama seminggu di dalam teksi yang dipandunya selama 12 jam sehari di sekitar ibu kota.
“Ingat kata-kata saya, pada PRU14, kami pemandu teksi tidak akan menyokong BN.”

1 ulasan:

  1. Masalahnya bilangan kerusi parlimen di bandar2 dimana rakyat ramai terbeban tak boleh menandingi bilangan kerusi di felda, kampung2, pedalaman sabah dan s'wak. Jd akhirnya umno/bn jg menang dan jd kerajaan jaguh kampung/felda!!!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA