Jumaat, 11 Ogos 2017

PRU14: Ibrahim Ali saran pengundi Kelantan tolak calon poligami

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kebanyakkan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan soal kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.
Dr.-Ibrahim-Ali-kelantan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Dr. Ibrahim Ali mahu pengundi di Kelantan menolak calon berpoligami yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dipetik Utusan Online, bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kebanyakkan wakil rakyat yang berpoligami dilihat lebih banyak tertumpu kepada soal peribadi daripada memikirkan soal kepentingan rakyat yang telah memilih mereka.
Oleh itu menurut beliau, keadaan tersebut menyebabkan rakyat terkontang-kanting ketika mereka sedang berdepan kesukaran.
Bagaimanapun dalam laporan itu tidak menyentuh sama ada saranan yang sama membabitkan bagi negeri-negeri lain. Kelantan ditadbir oleh PAS sejak PRU 1990.
“Bagi saya soal peribadi calon perlu diambil serius oleh rakyat pada pilihan raya dan bukan hanya melihat kepada lambang atau parti sahaja.
“Nak pilih pemimpin, biarlah mereka yang cakna dan sanggup mengorbankan masa pada rakyat,” kata beliau di Pengkalan Pasir, Kelantan hari ini.
Ibrahim sebelum ini pernah berkata undi seluruh ahli Perkasa bakal menjadi penentu kepada kemenangan mana-mana calon yang bertanding dalam PRU14 di negeri Kelantan.
Kata beliau, pihaknya akan mengarahkan ahli pertubuhan itu mengundi calon yang dilihat betul-betul berkualiti dan berwibawa tanpa mengira mana-mana parti politik.
Ibrahim memberitahu, langkah tersebut penting bagi mengelak rakyat di Kelantan memilih calon yang salah seterusnya tidak membawa sebarang kebaikkan kepada mereka pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA