Sabtu, 5 Ogos 2017

Polis siasat ‘konspirasi’ guling Najib

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan mengenai perkara itu telah dibuka berikutan laporan polis yang dikemukakan kumpulan kedua-dua pemimpin terbabit.
Noor-Rashid-zahid-mahathir Polis hari ini berkata semua pihak yang berkaitan termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil dalam siasatan berkenaan dakwaan konspirasi antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, kertas siasatan mengenai perkara itu telah dibuka berikutan laporan polis yang dikemukakan oleh kumpulan kedua-dua pemimpin terbabit.
“Kami akan memanggil setiap orang yang terlibat,” kata beliau dipetik The New Straits Times.
Beliau juga memberi jaminan polis akan menjalankan siasatan dengan terperinci, termasuk memanggil Dr Mahathir, 92, yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dan PPBM.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.
Zahid, naib presiden Umno yang kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden berkata pada mesyuarat bahagian Umno Jerlun semalam bahawa beliau mempunyai rakaman suara pertemuan antara beliau dengan Dr Mahathir pada 2015 yang akan membuktikan beliau tidak merancang menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Walaupun beliau mengakui pernah mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir beberapa hari selepas pelantikannya, beliau menafikan dakwaan bekas perdana menteri kononnya ia adalah untuk mendapatkan sokongan menjatuhkan Najib yang juga presiden Umno dan pengerusi Barisan Nasional.
“Rakaman masih bersama saya. Mereka lupa dengan mudah, tetapi saya tidak,” kata beliau.
Dalam klip video pada 1 Ogos lalu, Dr Mahathir mendakwa Zahid ada menemui beliau untuk mendapatkan sokongannya selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA