Isnin, 14 Ogos 2017

Perkasa gesa siasatan ‘telus’ kekecohan forum Nothing to Hide

Ibrahim Ali mengecam tindakan pelaku membaling suar yang boleh mengancam nyawa hadirin pada forum Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, petang tadi.
ibrahim-ali
PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali mengecam keganasan yang tercetus pada forum Nothing To Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM dengan suar dilontar ke arah Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berucap di pentas.
“Saya sangat kecewa. Ini adalah insiden sangat serius kerana suar dilontar dalam dewan dan ini boleh mencetuskan kebakaran atau kejadian pijak-memijak. Ia mengancam nyawa,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sehubungan itu, beliau mendesak semua pihak tidak membuat spekulasi mengenai motif pelaku dan mendesak polis menjalankan siasatan dengan segera serta terperinci.
Ibrahim berkata, polis perlu telus dalam siasatan mereka bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan tuduhan di kalangan orang ramai.
Kekecohan tercetus sekitar 5.30 petang tadi, kira-kira 2 jam selepas forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Pemuda PPBM dimulakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam, ketika Pengerusi PPBM, Dr Mahathir menjawab soalan hadirin mengenai tragedi Memali yang berlaku semasa beliau menjadi perdana menteri.

Sekumpulan peserta yang tidak berpuas hati dengan penjelasan beliau tiba-tiba membaling kasut dan disusuli suar, kerusi dan botol air ke arah pentas khas yang disediakan, di mana Dr Mahathir berdiri ketika itu.
Dewan Raja Muda Musa kemudiannya dipenuhi asap dan insiden tumbuk-menumbuk dikatakan berlaku ketika ahli PPBM meluru ke pentas untuk melindungi bekas perdana menteri berusia 92 tahun itu. Dr Mahathir tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan 3 suspek berusia 17 hingga 19 tahun, termasuk 2 pelajar kolej swasta ditahan bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, penganjur forum itu juga akan dipanggil bagi membantu siasatan kerana gagal memastikan keselamatan hadirin.

1 ulasan:

  1. Saya setuju dgn saranan ibrahim ini. Perkasa sepatutnya turut sama berjuang ke arah pembinaan semula malaysia agar kembali dihormati mcm spore.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA