Rabu, 23 Ogos 2017

Pemimpin PKR mahu tarikh akhir rundingan Azmin-PAS

PKR perlu memberikan tarikh akhir sekiranya mahu berbincang dengan PAS, kata seorang pemimpin parti itu ketika berlaku perselisihan berikutan keputusannya untuk berunding dengan PAS.
Anggota Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata tarikh akhir perlu diberikan satu atau dua minggu selepas Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada 1 September.
"Kita tidak boleh terus bincangkan perkara-perkara ini sementara pada masa yang sama rakan-rakan Pakatan Harapan (HARAPAN) kita tidak pasti sama ada kita teguh pada gabungan itu," kata Johari kepada Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anggota Parlimen Selayang William Leong untuk berundur daripada Biro Politik PKR.
Leong tidak bersetuju dengan rancangan parti itu meneruskan rundingan dengan PAS ketika pilihan raya semakin hampir, dengan mengatakan PKR sepatutnya bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru melawan parti Islam itu.
Mengulas mengenai mesyuarat Biro Politik berhubung keputusan Leong, Johari berkata Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali telah merayu kepada biro berkenaan untuk memberi peluang kepada parti itu berunding dengan PAS buat kali terakhir.
"Tetapi kami memberikan cadangan balas dengan mengatakan ia mesti dibuat pada peringkat HARAPAN, dan bukan pada peringkat individu.
"HARAPAN mesti tahu apa pendirian kami mengenai perkara itu," kata Johari.

4 ulasan:

  1. Azmin dipergunakan oleh Pas untuk mengucarkacirkan Pakatan Harapan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia pengarah pilhanraya PH???!!

      Padam
  2. Sabar... sabar... Azmin dah tentu mendapat restu dari veteran dalam PH sekarang.

    Azmin juga pengarah pilihan raya PH. Berilah peluang kat dia bincang dengan Pas. Sabar....

    Pas ni keras keng sangat kerana pemimpinnya yang satu.

    Di Selangor dan negeri2 yang lain orang Pas mahu pertandingan SATU lawan SATU. Cuma si lebai seorang yang keras sangat....

    Berilah peluang kepada Azmin. Jiga gagal juga..... terima sahaja pertandingan 3 penjuru. Rakyat tak akan salahkan Azmin lagi.

    Dah pujuk Pas tetapi Pas jual mahal.... rakyat boleh menilai nanti.

    Jika 3 penjuru Pas akan hilang semua kerusi di Selangor. Pas akan hilang Kelantan. Pas terus akan jadi macam burung Dodo, hilang terus dari arena politik negara.

    Ini Pas kena sedar. Jangan dok taksub sangat dengar si lebai tu.... dia bukan tahu sangat politik.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA