Jumaat, 11 Ogos 2017

Pas sahaja yang menentang RUU164 sembang Naib Presidennya..!!!

Pas menegaskan parti tersebut masih lagi memegang dasar Islam mereka dan bangun membantah Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) (Pindaan) 2016 (RUU164).
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata sikap Pas adalah jelas  dan kekal matang, rasional, istiqamah, berhikmah, berilmu dalam tindakan.
Idris Ahmad “Walaupun RUU 164 dibawa oleh Kerajaan, 13 Ahli Parlimen Pas menentang, namun sayang kerana peraturan dewan menetapkan mesti ada 15 orang baru boleh dikira undi belah bahagi.
“Sikap Pas adalah jelas, jika baik untuk Islam maka kita akan sokong tidak kira siapa yang bawa usul, kalau sebaliknya, Pas akan tentang walaupun dibawa oleh Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Terdahulu, Kerajaan menggunakan Peraturan Mesyuarat 62 untuk menarik semula RUU 164.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pindaan ini dibuat agar tidak berlaku percanggahan dalam mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip doktrin stare decisis dimana keputusan Mahkamah tertinggi terhadap pentafsiran Fasal (4) Perkara 12 adalah terikat.
Sementara itu, Idris Ahmad turut memperjelaskan  bahawa tidak timbul isu pas ber UG dengan Umno apabila sokong RUU 355.
“Nasihat saya pada ahli Pas, janganlah kita terlajak ‘cerdik’ menuduh mereka yang menyokong RUU 164 telah makan dedak Umno/BN.
“Seperti mana yang selalu dituduh kepada Pas, biarlah mereka kata kita. Buktikan dengan amalan dan selagi kita pegang dengan Islam, kita tenang dengan semua keadaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA