Sabtu, 12 Ogos 2017

PAS Permatang Pauh Letak Calon Pembela Islam

1. Soal pegangan kepercayaan atau akidah dan hak penjagaan anak adalah antara perkara kritikal implikasi daripada pindaan RUU Perkahwinan dan Perceraian atau Akta 164 yang diluluskan oleh Sidang Dewan Rakyat beberapa hari lalu.

2. Mahkamah Sivil mempunyai kuasa terhadap perkara itu mengatasi Mahkamah Syariah, sekali gus meletakkan autoriti perbicaraan kekeluargaan Islam boleh dicabar lantaran daripada si bapa atau ibu memeluk agama Islam.

3. Berikutan itulah harus disedari rakyat negara ini, khususnya para pengundi untuk tidak memilih secara sebarangan calon wakil rakyat Parlimen atau Dun atas peranan legislatif dalam penggubalan undang-undang seperti dalam isu Akta 164.

4. Wajib bagi pengundi Islam khususnya memilih calon yang akan menjadi pembela Islam dan PAS Kawasan Permatang Pauh secara khusus menawarkannya pada pilihan raya nanti agar ia memikul tujuan selaras ayat 58 surah an-Nisa'.

5. _"Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkannya dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran sebaiknya padamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat."_

6. Apatah lagi setelah disaksikan sikap tidak boleh dipercayai kalangan Ahli-Ahli Parlimen Islam dari Umno dan Pakatan Harapan saat Parlimen memerlukan suara mereka untuk menjadi benteng terakhir mempertahankan agama.

7. Sikap berbeza ditunjukkan 13 Ahli Parlimen PAS diketuai Dato' Takiyuddin Hassan yang teguh mempertahankan keutuhan institusi Islam. Walaupun berjumlah sedikit, tetapi teguh dengan prinsip dasar dan menjulang tinggi kalimah Allah.

_"Sejahtera Bersama Islam"_
_"PAS Tawan Permatang Pauh"_

*IR AHMAD RAFAIE DATO' IR A. RASHID*
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Permatang Pauh

3 ulasan:

  1. Nasiblah siapa² yang menjadi calon pas di permatang pauh kerana sememangnya beliau akan kalah. Buat habis beras, tenaga, duit dan masa sahaja.

    BalasPadam
  2. PAS nak menang 40 kerusi je...lebih ckit dari 13...tetap kalah dlm undi belah bagi, serupa tak de kerusi...so nak bela tang mana...awat mamat nih bengong sangat ...awat dia ingat syurga tu org pas punye dan cnfm masuk ke...org islam dlm dap,amanah,pkr semua masuk neraka ke....

    BalasPadam
  3. Klu pas tawan p pauh sekalipun, apa yg pas boleh lakukan utk bantu derita rakyat? Nothing. Rakyat kelantan pun tak terbela

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA