Rabu, 2 Ogos 2017

Nur Jazlan: Saya tidak sahkan nama ‘Mahathir a/l Iskandar Kutty’

Timbalan menteri dalam negeri itu kemudiannya berkongsi dengan FMT sebuah artikel lama yang menyatakan nama Dr Mahathir sebagai 'Mahathir b Mohd Iskandar'.
Nur-Jazlan_mahathir_600new
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau mengesahkan nama sebenar Tun Dr Mahathir Mohamad ialah “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.
“Saya tidak pernah sebut nama itu. Saya hanya kata anda boleh rujuk rekod universiti beliau atau mana-mana rekod sebelum merdeka untuk mengesahkan bagaimana beliau mendaftarkan namanya sebelum ini,” katanya dalam mesej teks kepada FMT hari ini.
Beliau kemudiannya berkongsi dengan FMT sebuah artikel The Straits Times bertarikh 21 Jun 1953 yang menyatakan nama pengerusi Pakatan Harapan itu ialah “Mahathir b Mohd Iskandar”.
Artikel bertajuk “34 New Doctors” menyenaraikan nama mereka yang mendapat kelulusan sementara
dalam kertas berkaitan perubatan oleh Universiti Malaya untuk sesi 1952 dan 1953. Nama Dr Mahathir ada di dalam senarai itu.
“Apa yang saya katakan ialah rekod-rekod itu sudah lama sebelum merdeka atau selepas merdeka. Ia bukannya luar biasa untuk rekod itu tidak konsisten sepanjang tempoh itu.
“Pengumuman itu adalah rekod awam pada 1952. Itu bermakna nama IC (kad pengenalan) beliau boleh diubah kemudian.
“Nama beliau direkodkan secara berbeza sepanjang masa ini. Kita semua mengenalinya sebagai Mahathir Mohamad, tetapi pada 1952 ia direkodkan dengan nama Iskandar.”
Nur Jazlan menjelaskan laporan hari ini yang menyatakan beliau mengesahkan nama penuh bekas perdana menteri iaitu “Mahathir a/l Iskandar Kutty” yang didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah benar.
Beliau dilaporkan berkata, ada banyak sumber yang boleh digunakan untuk mengesahkan nama itu, contohnya pendaftaran universiti Dr Mahathir.
“Saya tidak pernah mengesahkan nama itu. Saya hanya kata ia berubah selepas bertahun-tahun,” kata ahli Parlimen Pulai itu.
Zahid yang juga menteri dalam negeri dikritik selepas ucapannya Ahad lalu di hadapan perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya yang mendakwa nama pada kad pengenalan Dr Mahathir ialah “a/l Iskandar Kutty”, bukannya “Mohamad”.

Katanya, beliau memperoleh kad pengenalan Dr Mahathir itu daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datuk Mohd Yazid Ramli.
Bagaimanapun, Dr Mahathir semalam menjelaskan orang India Muslim tidak menggunakan “anak lelaki” (a/l) atau “anak perempuan” (a/p) pada nama, kerana nama mereka biasanya mempunyai 2 perkataan dan jarang sama antara mereka.
Beliau kemudian mencabar Zahid menunjukkan kad pengenalan yang mempunyai nama “Mahathir a/l Iskandar Kutty” itu.
Anak sulungnya, Datin Paduka Marina turut menafikan dakwaan Zahid dengan berkata, Iskandar merupakan nama moyangnya, iaitu datuk Dr Mahathir.
FMT cuba menghubungi dan menghantar pesanan teks kepada Yazid, tetapi masih tidak berjawab.

4 ulasan:

  1. Zahid...zahid....ya pun nk bodek ajib...jgn smpi hina keturunan org lain.

    BalasPadam
  2. Nur jazlzn ni...isu punya simpld...tapi belitnyer cakapnyer semcm....yg sebenarnyer ko pun sokong ckp zahid jawa tu....habis cerita....nk play safe pulok....

    BalasPadam
  3. Mcm tulah dia dlm PAC...kerana takut kena belasah dgn bukti2 yg konkrit dr wakil PR....mk berlakunlah yg dia bersetuju...tp sebenar dia tak sabar nk keluar dan jd spt sekarang....iti sbb perangai tak der pendirian kini terserlah dgn jelas.....

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA