Selasa, 1 Ogos 2017

Netizen anggap kenyataan Ahmad Zahid pelik

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasal dari keturunan India mendapat perhatian warga media sosial.
Bagaimanapun, kebanyakan warga netizen tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri tersebut.
Seorang pengguna Facebook, Salman Ali menyifatkan kenyataan itu pelik dan kebudak-budakan.
“Seingat saya kali terakhir budaya bila bertengkar perli nama bapa orang berlaku ketika di sekolah rendah.
“Ajaibnya perangai buruk yang ditinggalkan rata-rata remaja lelaki seawal akil baligh tiba-tiba diwarisi timbalan perdana menteri.” katanya.
Sementara itu, pemilik akaun yang menggunakan nama Park Din berpendapat, kenyataan seperti ini tidak perlu.
“Kenapa perlu sampai ke tahap itu? Melayu, India, Cina juga manusia. Tak perlu rasanya sentimen perkauman sebegini,” komennya yang mendapat 713 reaksi.
Lyn Ghazali turut berpendapat kenyataan Ahmad Zahid itu kebudak-budakan.
“Kau rasa kalah dengan Tun, maka kau takde cara lain nak jatuhkan Tun? Tolong lah, kebudak-budakan!” katanya.
Terdahulu, Ahmad Zahid dalam ucapannya, beliau mendedahkan mempunyai bukti nama sebenar Mahathir ialah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.
"Ini kad pengenalan biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor kad pengenalan biru dia. Ini yang dihantar oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," dakwanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA