Rabu, 2 Ogos 2017

Najib bayangkan lebih banyak habuan pilihanraya tak lama lagi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membayangkan, akan ada lebih banyak 'buah tangan' daripada kerajaan pada beberapa bulan akan datang.
Bercakap di Dewan Rakyat, anggota parlimen Pekan itu berkata kerajaan akan sentiasa memastikan rakyat mendapat manfaat daripada dasar kerajaan.
"Sebab itu saya umumkan pakej (insentif) untuk Felda, veteran ATM (Angkatan Tentera Malaysia).
"Bulan-bulan akan datang, insya-Allah banyak lagi usaha kerajaan kita akan lakukan.
"Kita sebagai kerajaan akan lakukan terbaik untuk rakyat," katanya.
Bagaimanapun, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan menjanjikan perkara yang mustahil untuk dilaksanakan.
"Namun, (kerajaan) tak boleh janjikan benda tak masuk akal (seperti) yang sering dijanjikan pembangkang sebagai gula-gula untuk menyukakan hati rakyat, tapi tak mampu dilaksanakan di mana-mana kerajaan," kata Najib lagi.
Isnin lalu, Malaysiakini melaporkan, Najib bertemu dengan puluhan ribu veteran ATM pada Perhimpunan Veteran ATM 2017 di Seri Kembangan.
Pada himpunan itu, selain menyumbangkan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan, Najib turut mengumumkan lima insentif yang akan diperolehi veteran ATM.
Malah, pada hari lahir Najib 23 Julai lalu, beliau mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda. Antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif dan insentif perumahan.

2 ulasan:

  1. Menang guna rasuah. Tak ada maruah punya org. Org putih yg kafir pun tak meghalalkan cara ini

    BalasPadam
  2. KALAU RASUAH JANGAN TERIMA, DR MAZA KATA DOSA MAKAN RASUAH LEBIH BESAR DARI DOSA MAKAN BABI, DOSA PEMBERI RASUAH MACAM MANA?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA