Isnin, 7 Ogos 2017

‘Mustahil SPR lulus logo PH’

‘Mustahil SPR lulus logo’
Azan bergambar bersama kepimpinan PKR Pusat dan Pakatan Harapan Terengganu sempena program Jom Bina Semula Negara anjuran Invoke Malaysia.
KUALA TERENGGANU – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disifatkan mustahil untuk meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata, penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Bersatu itu sudah tentu memberi saingan sengit dan potensi besar untuk pembangkang mengambil alih kerajaan.
Beliau turut menjangka 65 peratus kemungkinan BN akan kalah sekiranya parti-parti Pakatan Harapan menggunakan satu logo untuk melawan logo dacing diwakili BN.
“SPR adalah badan bebas tetapi saya rasa dia (SPR) tidak akan lulus dan akan beri 1001 macam alasan. Kalau lulus logo itu dalam pilihan raya, maka Umno boleh bersiap sedia untuk kalah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Azan yang juga Adun Bandar bagaimanapun yakin logo rasmi Pakatan Harapan akan diluluskan RoS.
Mengulas lanjut, kelulusan RoS akan menampakkan kerajaan seolah-olah berlaku adil terhadap pembangkang dan tidak menolak ia boleh mewujudkan harapan palsu kepada pembangkang dan penyokongnya jika SPR enggan membenarkan logo tersebut digunakan dalam pilihan raya.
Beliau tidak menolak keputusan SPR itu juga akan mewujudkan kekeliruan besar dalam kalangan pengundi pada hari pengundian.
“(Kalau SPR tidak benarkan logo Pakatan Harapan) maka hari pilihan raya, ramai yang akan jadi keliru mencari simbol pakatan dan nama logo harapan dalam kertas-kertas undi pilihan raya, maka keadaan akan jadi berkecamuk,” katanya.

Beliau bagaimanapun memberitahu, ia tidak bermakna Pakatan Harapan tidak perlu memperkenalkan logo rasmi tersebut kepada orang ramai sambil memberitahu ia tidak salah untuk tujuan pengenalan supaya orang ramai tahu Pakatan Harapan sudah menjadi pertubuhan sah di sisi undang-undang.
Menurutnya, keperluan untuk mendaftar adalah penting apatah lagi dengan penyertaan tokoh-tokoh politik yang pernah menduduki jawatan tertinggi kerajaan bagi membuktikan bahawa mereka berusaha memenuhi keperluan undang-undang.
“Pakatan Harapan ada Tun Mahathir, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Muhyiddin, Mukhriz, semua pernah menduduki jawatan tinggi sebagai menteri dan sebagainya. Kalau tidak berusaha memenuhi keperluan undang-undang, Pakatan Harapan akan dilihat tidak betullah,” katanya.

2 ulasan:

  1. Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
    saya seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    BalasPadam
  2. Hantar logo ph itu kpd spr dahulu dan lihat reaksi spr. Jika tak lulus, baru lah ph boleh dakwa spr tidak telus.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA