Khamis, 3 Ogos 2017

Mengapa enam pegawai kedutaan Malaysia hadir pengurusan saman Sarawak Report oleh PAS?



Hadrizammi menutup muka ketika cuba dirakam Sarawak Report.Kehadiran enam pegawai kanan Kedutaan Malaysia di London dalam pengurusan kes saman presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi London, 2 Ogos lalu menarik perhatian laman berita portal internet itu.
Dalam berita bertajuk "So Who Is Supporting 'Opposition' Pas Leader, Hadi Awang, In His Suit Againts SR?" (Siapakah yang membantu pemimpin 'pembangkang' Pas, Hadi Awang, dalam samannya terhadap Sarawak Report?), laman portal berita itu menyatakan rasa terkejut dengan kehadiran paling kurang enam pegawai kanan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia dalam pengurusan kes saman Abdul Hadi terhadap Sarawak Report di Mahkamah Tinggi.
Antara yang dikesan hadir ialah konsular politik pesuruhjaya tinggi Malaysia ke UK Mohd Hadrizammi Mustafa; pegawai media kedutaan Malaysia di UK Wan Rosli Wan Osman dan timbalan ketua setiausaha hubungan dua hala Jesse Quiban.
Dua pegawai pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang hadir di mahkamah tinggi London.Mereka juga dilihat tekun mencatat sesuatu ketika prosiding berjalan.
"Jadi, apakah kepentingan kerajaan Malaysia dalam saman fitnah 'ahli politik pembangkang' terhadap seorang wartawan dan mengapa mereka menghabiskan banyak masa untuk menghantar kakitangan mereka," soal Sarawak Report.
Sarawak Report juga merakam foto tiga daripada kakitangan kedutaan terbabit yang dilihat mengenali rapat pasukan peguam plaintif dan diberi penerangan lengkap berhubung sesi pengurusan kes itu.
Bagaimanapun wakil kedutaan Malaysia itu dilapor tidak gembira dirakam foto mereka dengan Hadrizammi cuba melindungi wajahnya daripada dirakam.
Sarawak Report turut melaporkan kos yang ditanggung presiden Pas untuk membayar khidmat peguam Carter Ruck yang berjumlah RM3000 (£500) sejam.
Malah Sarawak Report menganggarkan kos yang dibelanjakan presiden Pas bagi urusan mahkamah setakat ini adalah RM600,000 (£100,000).
Bagaimanapun peguam Abdul Hadi, Carter Ruck enggan menjawab soalan Sarawak Report berhubung jumlah perbelanjaan mahkamah yang ditanggung ahli parlimen Marang itu setakat ini.
Ketika para pemimpin Pas mengakui tidak mempunyai dana malahan tidak mampu membayar bil elektrik ibu pejabat parti itu, Sarawak Report mempersoalkan pihak yang membantu membiayai tindakan undang-undang itu memandangkan kempen pungutan derma di kalangan ahli parti yang dilancarkan pada Mac lalu hanya berjaya mengutip £13,000 (RM78,000).

3 ulasan:

  1. Takda keje aku nk bg duit kat Hadi. Dia buat hal bior dia jwp, bior duit 90J yg tanggung...
    Wahai ahli pas yg lain, kamu xdpt 90J.. tetiba nk suh bantu byr... baik xpayahhhh...

    BalasPadam
  2. Nampak sgt najib penyamun mempergunakan dam pemperbodohkan PASPISPUS....itu pun PASPISPUS tak nampak ker....PASPISPUS mmg dlm tahap kebangangan melampau....kalu najib menggunakan pegawai2 kerajaan malaysia....knp tak dia sendiri yg saman WSJ....knp takut kehodohan dia terserlah dan kebudukan dia terburai....

    BalasPadam
  3. Adakah najib guna duit kerajaan utk bantu pas saman SR? Fikir2kan. Knp perlu pantau

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA