Ahad, 6 Ogos 2017

'Melayu perlu waspada dengan 'Si Kitol' dan 'Raja Mendeliar' sembang MT Umno

Orang Melayu di negara ini perlu berwaspada dengan mereka yang disifatkan sebagai 'Si Kitol' dan 'Raja Mendeliar' yang cuba memecahbelahkan perpaduan bangsa, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata telah menjadi sejarah bahawa dua pengkhianat itu merupakan punca kejatuhan Empayar Kesultanan Melayu Melaka dan orang Melayu hari ini perlu mengambil iktibar supaya tidak lagi mengulangi sejarah hitam itu dengan mempercayai individu sedemikian.
"Pada hari ini ada beberapa Si Kitol dan Raja Mendeliar sedang cuba menjahanamkan kerajaan Melayu yang ada pada hari ini, justeru kita kena tentang mereka," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Alor Gajah di Selandar di Jasin hari ini.
Turut hadir Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan dan lebih 200 perwakilan persidangan itu.
Ismail Sabri berkata orang Melayu merupakan kumpulan majoriti dengan sekitar 60 peratus daripada penduduk negara ini, namun apabila berpecah sesama sendiri bangsa itu akan menjadi golongan minoriti.

"Lebih azab lagi apabila kita dipecahkan oleh bekas pemimpin parti kita (Umno), bayangkan semua strategi parti kita, semua rahsia tentu sahaja ada pada bekas pemimpin kita, kerana perancangan kita dahulu pemimpin ini yang buat,” katanya.
Ismail Sabri berkata kerajaan pimpinan Umno berjaya mengurus rakyat dan negara selepas merdeka dengan cemerlang sekali, sehingga ramai rakyat dari negara lain yang merdeka sebelum Malaysia, datang berduyun-duyun mencari rezeki di sini.
Tambah beliau lagi, kerajaan dipimpin Umno berjaya membela orang Melayu antaranya dengan usaha membasmi kemiskinan tegar yang pada tahap 60 peratus sebelum merdeka dan kini pada kadar kurang satu peratus.

1 ulasan:

  1. sikitol dan mandeliar ramai dlm sarang penyamun umno/bn......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA