Khamis, 10 Ogos 2017

LHDN serbu syarikat Mukhriz, Mirzan pada hari sama

Ia bukan suatu kebetulan apabila semua anak Dr Mahathir menjadi sasaran, kata anak sulung bekas perdana menteri, Marina Mahathir.
Mokhzani-Mahathir_Mukhriz_Mirzan_600
Pada hari yang sama syarikat Datuk Mokhzani Mahathir, Kencana Capital Sdn Bhd diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2 lagi syarikat yang ada kaitan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad turut menjadi sasaran, menurut sumber yang rapat dengan keluarga bekas perdana menteri itu.
FMT difahamkan LHDN turut menyerbu Opcom Holdings Berhad dan Crescent Capital Sdn Bhd.
Opcom merupakan sebuah syarikat ditubuhkan pada November 1994 dan terlibat dalam pendawaian fiber optik. Ia dipengerusikan oleh Mokhzani yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO), sementara Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah salah seorang pemegang sahamnya.
Seorang lagi anak lelaki Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, disenaraikan sebagai CEO Crescent Capital, sebuah syarikat pelaburan dan perunding kewangan.
Ketika dihubungi, anak sulung Dr Mahathir, Datin Paduka Marina Mahathir mengesahkan semua serbuan itu berlaku 2 hari lalu.
“Saya tidak merasakan ia satu kebetulan. Ataupun mereka (LHDN) hanya menjalankan tugas,” katanya kepada FMT.
Serbuan itu berlaku ketika pemimpin Umno termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menggesa siasatan terhadap kekayaan keluarga bekas perdana menteri yang kini mempengerusikan gabungan 4 parti Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun, Dr Mahathir tampak masih tenang dengan siri tindakan itu, malah menjemput seterunya Datuk Seri Najib Razak hadir pada forum “Nothing to Hide” Ahad ini.

Dr Mahathir berkata forum itu boleh dijadikan medan kedua pemimpin menjelaskan dakwaan kekayaan mereka.
Sebelum ini, Dr Mahathir mengadu kenalan rapatnya kini diganggu pihak berkuasa termasuk menerusi LHDN.
Salah seorang kenalan itu ialah ahli perniagaan Tan Sri Lee Kim Yew pada Mei lalu berkata beliau disiasat di bawah undang-undang jenayah dan bukan sivil, memaksa beliau melepaskan asetnya untuk melangsaikan hutang cukai.
Dr Mahathir sendiri kini berdepan siasatan di bawah Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian berbilion ringgit Bank Negara Malaysia di bawah pentadbirannya hampir 30 tahun lalu.

2 ulasan:

  1. ...tak dapat tanduk, telingapun jadi la.......

    BalasPadam
  2. Dah bersifat iblis, perangai pun bangsat. Perlu diingat dosa sendiri tanggung, hanya allah yan dapat tentukan. Bukan najib, bukan apandi, bukan raus yg dapat putuskan yg se2org itu berdosa atau pun tidak. Kamu semua mungkin jadi mangsa api neraka, siapa tahu. Taubat pun dah tak penting jika yg dizalimi tak maafkan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA