Khamis, 3 Ogos 2017

KWSP tiada rancangan melabur dalam Bandar Malaysia kata CEO...

CEO Shahril Ridza Ridzuan juga berkata tiada pihak yang menghubungi mereka mengenai perkara itu setakat ini.
Shahril-Ridza-epf1Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum memutuskan sama ada akan membuat pelaburan dalam projek Bandar Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
“Belum ada yang menghubungi kami setakat ini, dan kami belum ada rancangan untuk projek berkenaan setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan penutup pada Persidangan Jaminan Sosial 2017 di sini hari ini.
Shahril ditanya sama ada dana persaraan itu terbuka untuk sebarang usaha sama dalam projek pembangunan mega berkenaan.
Sementara itu Shahril berkata KWSP akan terus melabur dalam projek infrastruktur tempatan memandangkan ia termasuk dalam segmen pelaburan terasnya.
“Kami sentiasa menjadi penyokong terbesar perbelanjaan kerajaan dalam projek infrastruktur,” katanya dan menambah, dana persaraan itu merupakan peneraju terbesar tunggal bagi projek infrastruktur seperti loji janakuasa, lebuh raya dan Mass Rapid Transit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA