Sabtu, 5 Ogos 2017

Kos sara hidup naik, kedai pajak gadai bertambah...pemimpin Umno@BN terus bermewah...!!!


Kos sara hidup naik, kedai pajak gadai bertambah
Kedai pajak gadai menjadi pilihan kerana proses mendapatkan wang tunai yang mudah dan cepat, tanpa perlu melakukan pemeriksaan kredit atau meminta bukti pekerjaan serta pendapatan.
DALAM situasi ekonomi buruk yang menyelubungi negara, golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi pihak paling terjejas terpaksa memajak barangan berharga yang dimiliki mereka untuk memenuhi keperluan hidup.
Sejak sekian lama, kedai pajak gadai menjadi jalan paling cepat dan mudah bagi mendapatkan wang tunai yang diperlukan – dengan syarat seseorang itu mempunyai barangan berharga untuk digadaikan.
Tidak seperti bank, kedai pajak gadai akan memberikan wang tunai tanpa perlu melakukan sebarang pemeriksaan kredit atau meminta bukti pekerjaan dan pendapatan.
Bagi pemandu teksi, R. Segar, 49, dia terpaksa memajak barang kemas keluarga untuk melunaskan pembayaran bulanan pinjaman perumahannya.
"Memandu teksi kini tidak lagi memberi pulangan yang baik dan saya risau mengenai pembayaran ansuran pinjaman rumah saya.
"Saya kini melakukan kerja pengubahsuaian untuk mendapatkan lebih banyak wang, tetapi itu masih tidak mencukupi," kata Segar, yang tinggal di Ampang, kepada The Malaysian Insight.
Segar berkata dia juga kadang-kala memajak barang kemas isterinya bagi perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.
Dia mempunyai tiga anak berusia 8, 13 dan 15 tahun.
"Jika anak-anak saya memerlukan barangan sekolah seperti buku teks dan barang lain, saya perlu mencari wang tunai dengan segera. Cara paling mudah adalah memajak barang kemas itu."
Segar berkata dia mempunyai barang kemas bernilai hampir RM20,000 yang digadai.
Shukri Abdul Latiff, 37, yang bekerja dengan katerer, berkata tidak dapat mencari wang tambahan dengan bekerja lebih masa kerana perniagaan lembab.
"Kami tidak menerima banyak tempahan katering. Kerja lebih masa saya juga berkurangan, jika saya perlukan wang kecemasan, saya terpaksa  ke kedai pajak gadai," katanya.
Shukri, yang tinggal di Kajang, berkata kali terakhir dia ke kedai pajak gadai adalah seminggu sebelum Hari Raya.
"Saya memerlukan wang untuk persediaan Hari Raya. Saya terpaksa membeli baju baru untuk tiga anak saya dan juga pemberian duit raya. Susah kalau kita tidak mempunyai wang untuk Raya."
Shukri berkata bayaran pinjaman rumah dan kereta adalah antara faktor yang memaksanya ke kedai pajak gadai.
"Sebelum ini saya ke kedai pajak konvensional tetapi kini beralih kepada Ar Rahnu (pajak gadai Islam) yang berada di bawah Bank Rakyat. Di sini urus niaga jauh lebih baik dan caj lebih rendah," katanya.
Kedai pajak gadai biasanya mengenakan faedah bulanan sebanyak 2% manakala Ar Rahnu pula sebanyak 65 sen bagi setiap emas bernilai RM100 hingga RM1,000, dan 75 sen bagi setiap emas bernilai lebih RM100 dan seterusnya.

Pemilik pajak gadai juga akan melelong barangan yang tidak ditebus selepas enam bulan, tetapi Ar Rahnu akan menyimpannya sehingga 18 bulan.
Selain itu, jika barangan berkenaan masih belum ditebus pada akhir tempoh, Ar Rahnu akan melelongnya dan mengembalikan wang lebihan kepada pelanggan jika ia dijual lebih tinggi daripada jumlah yang dipinjam.
Namun, walaupun lebih ramai yang beralih arah kepada Ar Rahnu, pemilik kedai pajak gadai tetap menikmati hasil perniagaan 20% lebih baik berbanding tiga tahun lalu.
Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Malaysia mempunyai 438 kedai pajak gadai pada 2015 dan 492 pada Julai.
Sejak 2014 hingga tahun lepas, KPKT menerima 179 dan meluluskan 105 permohonan untuk membuka kedai pajak.
Selangor mempunyai bilangan pajak gadai terbanyak dengan 113, diikuti Johor (68), Perak (50), Kedah (44) dan Pulau Pinang (41).
KPKT berkata 23 kedai pajak gadai sedang disiasat atas beberapa kesalahan seperti melanggar peraturan pengiklanan, kekurangan permit, dan tidak mengemukakan laporan urus niaga tahunan.

1 ulasan:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh Ibu Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada ibu Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan Ibu Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA