Khamis, 3 Ogos 2017

Ketua SPRM tak faham dakwaan ia hanya sasar 'ikan bilis'

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkifli Ahmad tidak faham dengan dakwaan yang suruhanjaya hanya mensasarkan 'ikan bilis' tetapi tidak ikan 'jerung dan paus'.
"Saya nak nyatakan di sini, kadang-kadang saya tak faham apa yang mereka katakan ikan bilis, jerung dan paus.
"Kalau tindakan diambil SPRM melibatkan Tan Sri, Datuk Seri, kalau bukan paus, jerung, saya tak tahu ikan paus, jerung ini apa...," katanya dalam program Soal Jawab di TV3 malam tadi.
Dzulkifli berkata rekod prestasi SPRM telah membuktikan bahawa ia bertindak terhadap semua orang.
Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tindakan itu perlu berdasarkan bukti yang mencukupi.
Tegasnya, tugas SPRM adalah untuk menyiasat dan beliau mengarahkan pegawainya apabila membuka kertas siasatan, mereka mesti menyelesaikannya.
"Kemudian mengangkat siasatan itu kepada Jabatan Peguam Negara AGC). AGC lah buat keputusan bukti cukup atau tidak untuk membuat pertuduhan," katanya.
Dzulkifli juga ditanya sama ada SPRM perlu diberikan kuasa pendakwaan.
Menurutnya. pemisahan kuasa penyiasatan dan kuasa pendakwaan adalah demi kepentingan mekanisme 'semak dan imbang'.
"Sistem yang ada sekarang ini cukup baik dan diterima pakai majoriti negara," katanya.
Bagaimanapun, beliau melahirkan harapan agar semua pihak menyokong untuk menjadikan SPRM sebagai benar-benar sebuah suruhanjaya.

4 ulasan:

  1. Mengalih tajuk bagi kan pada mereka...macam mana leh dapat jawatan ketua ...niee. pening rakyat Malaysia.....halus jawapan ketua...seiringan la...

    BalasPadam
  2. dzulkifli. kau jadi despatch sprm sj la

    BalasPadam
  3. buat2 tak faham pulok...jerung atau paus tu mcm ko lah.....dirasuah najib utk jadi pengawal peribadi utk menutup kes yg telah dilaksanakan di SPRM keatas najib sebelum ini.......dah keluar kertas dakwaan dah...tapi kini hilang begitu sajer......

    BalasPadam
  4. Setelah najib didakwa, diikuti dgn pak2 menteri dan vvvvip barulah kau boleh dianggap 100% bebas. Buat2 tak faham konon

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA