Selasa, 1 Ogos 2017

Kamu dah lupa tentang RM230 juta, soal Dr Mahathir kepada Zahid


Kamu dah lupa tentang RM230 juta, soal Dr Mahathir kepada Zahid
Dr Mahathir Mohamad turut meminta Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan dari mana wang RM230 juta itu diperoleh. 
DR Mahathir Mohamad hari ini terus menyelar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan mengingatkan mengenai aset RM230 juta yang dimilikinya ketika memegang jawatan Ketua Pemuda Umno.
Malah, beliau turut mendakwa Zahid juga bukan berketurunan Melayu.
“Berkenaan dengan Melayu mudah lupa, walaupun Zahid bukan keturunan Melayu, sudahkah Zahid lupa deklarasi harta yang dibuat olehnya kepada saya sebagai Perdana Menteri apabila ia dilantik Ketua Pemuda UMNO.
“Apabila saya tanya dari mana ia perolehi 230 juta Ringgit yang ada dalam akaunnya, jawapannya kurang jelas.
“Jikalau ia boleh ingat, jelaslah dari mana ia perolehi wang yang begitu banyak,” kata bekas perdana menteri itu dalam posting terbaru di blognya hari ini.
Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu dan Pakatan Harapan turut mencabar Zahid untuk menunjukkan kad pengenalan lama yang sepatutnya berada dengannya kerana beliau tidak pernah menyerahkan semula ketika kad pengenalan baharu dikeluarkan.
Dalam masa yang sama, katanya, sistem "anak lelaki" (a/l) dan "anak perempuan" (a/p) dibuat pada zaman Malaya merdeka.
Dr Mahathir berkata untuk menggantikan sistem penjajah British, di mana nama sama akan diletakan nombor yang dianggap menghina.
Katanya, India Muslim tidak pernah menggunakan mana-mana sistem kerana nama mereka ada dua perkataan yang mana disebut Zahid tidak wujud.

“Nama seperti yang disebut Zahid Hamidi tidak ada. Jika kad pengenalan lama itu menyebut nama yang dikatakan ialah nama saya dahulu, sila tunjuk kad itu untuk diperiksa pakar akan kesahihan dakwaan Zahid,” katanya.
Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, mendedahkan kad pengenalan lama Dr Mahathir ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya, yang didakwanya menunjukkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Kenyataan itu menimbulkan pelbagai bantahan termasuk daripada penasihat DAP Lim Kit Siang, dan beberapa laporan polis dibuat terhadap Zahid.

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA