Jumaat, 4 Ogos 2017

JIKA ADA RAKAMAN, DEDAHKANLAH DAN NAJIB TENTU INGIN TAHU SAMA BUTIR PERBUALAN PENUH TUN M DENGAN ZAHID HAMIDI

Mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba meminta simpati atau sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakaman pertemuan itu ada dalam simpanannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, usaha mahu menjatuhkan Najib itu dirancang oleh Tun Mahathir dalam pertemuan antara mereka.

Tun Mahathir, tegasnya, telah menyatakan mengenai perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib yang akan dilakukan melalui kerjasama antara pemimpin pembangkang dengan  beberapa pemimpin UMNO.

Usaha kedua yang dirancang oleh Tun Mahathir, jelas Zahid Hamidi lagi ialah dengan cara menghantar memorandum kepada Raja-Raja Melayu untuk menggesa agar Yang Dipertuan Agong memecat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jangan bohong, rakaman itu masih dalam simpanan saya," ujar Zahid Hamidi sambil menambah, pertemuannya dengan Tun Mahathir pada 2015 itu diadakan selepas 10 hari beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilakukan dengan keizinan Najib.

Benarkah Zahid ada rakamannya?

Adakah rakaman itu dalam bentuk audio atau video?

Adakah rakaman dilakukan secara sembunyi atau disedari oleh Tun Mahathir?

Jika dirakam secara sedar, logikkah Zahid Hamidi yang datang ke rumah Tun Mahathir membawa alat rakaman bersamanya dan sudah tentu juga perlu meminta izin untuk meletakkan alat rakaman di atas meja?

Dari segi logik juga, oleh kerana pertemuan itu diadakan di rumahnya, Tun Mahathirlah yang paling mungkin memasang alat rakaman bagi pertemuan tersebut.

Tetapi, kalau pun benar ada rakaman pertemuan itu dan Tun Mahathir mendedahkan kepadanya mengenai dua perancangan untuk menjatuhkan Najib, yang ingin diketahui juga, termasuk tentunya oleh Najib sendiri ialah apakah respon atau jawapan balas Zahid Hamidi mengenainya?

Ketika Tun Mahathir bercakap tentang undi tidak percaya, apa sebenarnya jawapan balas Zahid?

Adakah beliau sekadar diam, sedia memberi sokongan atau menentangnya?

Begitu juga berhubung memorandum kepada Majlis Raja-Raja dan Yang Dipertuan Agong, apa respon Zahid berkenaan dengannya?

Diam, setuju atau tidak setuju?

Jika dapat didedahkan rakamannya, Najib barangkali paling teruja untuk mengetahui butiran penuh perbualan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir itu.

Maka, untuk membuktikan kebenaran kata-katanya bahawa beliau tidak menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan, Zahid Hamidi wajib mendedahkan rakaman itu kepada umum.

Hanya setelah rakaman itu didedahkan, barulah diketahui sama ada Tun Mahathir atau Zahid yang berbohong kepada rakyat umum.

Oh ya...sebelum terlupa, perlu diingatkan juga bahawa janji Zahid Hamidi untuk mendedahkan bukti mengenai amalan Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad Sabu dan dalang tragedi Lahad Datu sampai sekarang belum ditunaikan lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya bahawa beliau telah berjumpa dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menyumbangkan RM2,600 juta kepada Najib, sehingga sekarang juga tetap diragui dan tidak dipercayai, termasuk oleh mereka yang tinggal di Bagan Datuk sendiri.

Jadi, adakah kata-kata Zahid Hamidi kali ini boleh dipercayai, melainkan jika beliau benar-benar berani mendedahkan rakaman yang didakwa dimilikinya itu kepada umum?

5 ulasan:

  1. Auta tak habis2....jawa kutuk ni....nama pemimpin pembangkang yg terlibat dgn kes lahad datu dulu mana....masih dlm skmpanan lg ker atau dah hilang selepas PRU13.....hihihihi

    BalasPadam
  2. Aku malu dr keturunan jawa org mcm ni. Xhbis2 kencing merata....dah byk org dgor...ckp tu ckp ni...endingnya wak hid ni xda bukti...

    BalasPadam
  3. Entah² bukti rakaman zahid ini sama, seperti 6 kotak bukti rasuah yang ezam simpan. Jika ada siarkanlah, kami nak tahu samada Tun berbohong atau zahid bercakap kosong.

    BalasPadam
  4. si anak wak raden komedi brengsek sudah kojol x habus2 dgn dakwaan bodoh tahap jawa kotrakan.

    kalau tun nak jatuhkan si lanun bugis pondan, yang kau jawa brengsek pegi ke rumah tun buat apa? selalubyg nak minta bantuan lah yang tertunduk tunduk pegi mengadap. bukannkah kau sendiri yg cakap yg tun x suka kau, kenapa tun nak panggil kau pi mengadap dia?

    jawaa anak raden komedi brengsek ni sebab tu byk sial yg tuhan turun bala kat family dia. menantu pun jadi arwah cuma cbut gigi. ni bala sial apa pula menantu baru nak kena. accident kot? dah kawin kawin dgn ikon janda vape
    apa punya murah janda anak perenpuan komedi sekor ni. laki mati kawin lagi? baru 1 tahun. sex maniac punya janda. phtuiii

    BalasPadam
  5. Dia dah tak boleh tidur malam, tidur tak lena, jadi.. berlakun dan karang cerita berbagai episod untuk meyedapkan hati, konon jumpa Harun Din, Harun Din dah tak ada, kalau orang nak buktikan pun tak boleh, tak kan nak pergi ke US tanya batu nisan dia, bukan batu nisan dia boleh bercakap, tak buat istikharah ke pasal pak arab yang ngaku bagi derma tu, betul ke dia bagi ke tidak??? tak buat istikharah ke minta pada Allah tunjukan perjalanan PM tu betul ke tidak

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA