Khamis, 10 Ogos 2017

‘Jadilah anak jantan’, pesan Azalina pada mualaf

Azalina berpesan kepada mualaf agar bercerai mengikut prosedur di mahkamah sivil dan bertanggungjawab pada keluarganya yang belum Islam.
azalina-othman-cina-mualafSemasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2017 (Akta 164) malam tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said menyeru mualaf tidak bersembunyi di belakang hakim Mahkamah Syariah.
Beliau berkata ini kerana sesetengah mereka yang memeluk Islam berfikir mereka boleh meninggalkan keluarga yang belum memeluk Islam.
“Ya, dia Islam, tetapi patutkah dia meninggalkan keluarganya (bukan Islam) tergantung seperti itu? Saya tidak berkahwin, tetapi saya marah dengan isu ini.
“Kamu berkahwin, bila kamu memeluk Islam, kamu lari daripada tanggungjawab … tidak mahu membayar nafkah selepas bertukar agama. Islam agama yang bertanggungjawab,” kata Azalina lapor The Sun.
Akta 164 diluluskan melalui undi suara pada jam 12.50 pagi (hari ini) selepas pendebatan hangat antara ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan.
Azalina berkata pindaan RUU itu menggesa mereka yang memeluk agama Islam berdepan dengan mahkamah sivil sekiranya mahu membubarkan perkahwinan.
“Mereka sepatutnya menjadi ‘anak jantan’ dan menghadapinya. Masuk mahkamah sivil jika kamu berani, dan bercerailah mengikut prosedur,” katanya.

Di bawah pindaan itu, seorang mualaf yang perkahwinannya belum dibubarkan akan memiliki hak yang sama dengan pasangannya yang bukan Islam untuk memfailkan perceraian di mahkamah sivil.
Azalina menegaskan pindaan itu tidak menafikan atau melemahkan bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang dikatakan beberapa ahli Parlimen PAS.
“Saya faham apa yang anda katakan tentang kewujudan Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
“Semua orang tahu hal itu, tetapi RUU ini memberi ruang kepada mereka memfailkan petisyen. Jadi (mualaf) mempunyai pilihan untuk menyelesaikan masalah mereka,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA