Rabu, 9 Ogos 2017

Isu Royalti, Telaga Minyak Bertam PM 307: Petronas digesa beri penjelasan



Petrolium Nasional Berhad (Petronas) digesa memberikan penjelasan mengenai status perjanjian royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu dan status Telaga minyak BERTAM PM 307 yang terletak di dalam kawasan tuntutan hak Terengganu.
Dalam satu kenyataan bersama tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin;Adun Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam sidang media di Parlimen hari ini, meminta penjelasan daripada Presiden Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin ke atas perkara berkaitan.
"Oleh itu kami di sini ingin menuntut penjelasan dari Petronas tentang status perjanjian tersebut yang jelas telah tidak ditepati.
"Sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini, Petronas mesti memberi penjelasan sepenuhnya kepada Wakil Rakyat Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dipilih olih rakyat Negeri Terengganu khususnya," ujar kenyataan bersama ini menerusi sepucuk surat yang telah dihantar kepada Presiden Petronas itu.
Antara lain isi kandungan surat berkenaan menerangkan, iaitu sejak tahun 1978 di bawah fasal 2 ‘Perjanjian Royalti’ seperti yang telah di persetujui oleh semua pihak, Kerajaaan negeri Terengganu telah menerima bayaran royalti dengan bayaran sulungnya sebanyak RM5.7juta dari pihak Petronas.
Perjanjian ini adalah sebagimana dikehendaki oleh Akta Kemajuan Petrolium 1974, yang telah di luluskan oleh kerajaan pimpinan yang dikasihi Al-Marhum Tun Abdul Razak bin Husin di Dewan Parlimen pada 15hb. Nov. 1974. Al-Marhum menegaskan bahawa;
“Mengikut perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerimaa 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh Petronas atau ejensi-ejensi ataaupun kontraktor-kontraktornya.”

Malangnya, pembayaran Wang Royalti secara tunai kepada kerajaan Terengganu menurut perjanjian Akta Kemajuan Petrolium 1974, telah dimansuhkan pada 5 September 2000 dan digantikan dengan ‘Wang Ehsan’ yang dikendalikan terus oleh Kerajaan Pusat.
Lebih malang lagi pihak Petronas juga memaklumkan secara rasmi pada 25 September 2015 bahawa;Pihak Petronas tidak lagi terikat secara undang-undang untuk membuat sebarang bayaran tunai kepada negeri Terengganu di bawah Perjanjian Pembayaran yang ditandatangani Petronas dengan kerajaan Terengganu.
Ini berdasarkan terma ‘di dalam negeri’ bahawa; kerajaan negeri Terengganu tidak lagi berhak menuntut hasil Wang Royalti kerana segala penemuan telaga minyak adalah di luar 3 batu nautika yang di ukur dari garis air surut persisiran pantai negeri”.
Menurut tafsiran diatas, kerajaan Terengganu kini tidak mempunyai sebarang hak atas apa jua tuntutan hasil minyak & gas yang terletak diperairan negeri. Semua telaga minyak yang ditemui selama ini dan terletak di perairan Terengganu bukan lagi menjadi milik 'sah' kerajaan Terengganu kerana kedudukannya di luar daripada 3 batu nautika.
" Oleh itu kami disini ingin menuntut penjelasan dari Petronas tentang status perjanjian tersebut yang jelas telah tidak ditepati. Sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam perkara ini, Petronas mesti memberi penjelasan sepenuhnya kepada Wakil Rakyat Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah dipilih olih rakyat Negeri Terengganu khususnya.
"Kami juga ingin mengulangi soalan tentang status Telaga minyak Bertam PM 307 yang dilapurkan oleh syarikat perunding yang telah dilantik dari Scandanivia, Lundin Petroleum, bahawa ianya terletak didalam kawasan hak tuntutan Terengganu.
" Di atas penentuan asal tersebut kenapakah hasil kewangan dari penemuan tersebut diserahkan kepada Negeri Pahang ? Kami juga ingin maklum berapakah jumlah hasil yang telah diberikan kepada negeri Pahang sejak pengeluaran telaga minyak BERTAM PM 307 telah dimulakan?
" Kami ingin memohon Petronas memberi Penjelasan dan butiran yang penuh dalam isu isu ini. Memandangkan bekalan simpanan-reserve minyak yang makin berkurangan dan harga yang rendah, rakyat Terengganu khususnya ingin maklumat yang terkini dan sepenuhnya.
"Kemelut ekonomi Terengganu juga sedang membelit seluruh kehidupan rakyat sehingga ke pundaknya. Kebanyakan rakyat Terengganu juga juga terpaksa berhadapan dengan kekangan kehidupan yang amat perit sedangkan negeri Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak dan pernah dikenali sebagai ‘Kuwait Malaysia’. Ramai dikalangan anak muda tiada sumber pekerjaan yang tetap termasuk mahasiswa yang kini menjadi penganggur.
"Dimanakah kami sebagai rakyat Terengganu mau meletakkan ‘maruah’ dan ‘harga diri’ kami sebagai rakyat Malaysia jika kami boleh diperlakukan sedemikian rupa? Apakah negeri Terengganu ‘tidak berdaulat’ sehinggakan segala hak royalti dan telaga minyak sudah tidak lagi mernjadi milik negeri Terengganu?," soal kenyataan itu.
Antara lain turut ditegaskan agar Presiden Petronas dapat mengkaji kembali kedudukan yang berlaku khusus di negeri Terengganu sejajar dengan amalan sistem Federalism yang menjadi asas penubuhan Malaysia yang mana negeri Terengganu adalah sebahagian daripadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA