Isnin, 14 Ogos 2017

Insiden N2H 2.0: Khairuddin nasihat Armada agar tidak berulang



Kordinator Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan  mengharapkan insiden yang berlaku membabitkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam program Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) tidak berulang lagi.
Beliau berkata, sewajarnya, banyak perkara Armda Bersatu perlu ketahui dari segi keselamatan untuk beradapan dengan pelbagai kemungkinan bagi mengelakkan insiden berulang.
"Kita tidak harus menuding jari mencari kesalahan serta kelemahan mana-mana pihak tetapi insiden pada petang tadi perlu dikaji secara mendalam oleh Armada PPBM.
"Kami pernah menganjurkan 'roadshow' serta program-program jelajah tun dr mahathir mohamad serta tokoh-tokoh pemimpin politik di seluruh pelusuk tanahair di bawah anjuran Deklarasi Rakyat pada suatu masa dahulu.
"Ianya nampak satu tugasan yang macam mudah tetapi pada realitinya amat sukar khususnya untuk menjaminkan faktor keselamatan yang mantap.
"Namun, pada waktu itu kami bersyukur kerana insiden-insiden seperti ini tidak pernah berlaku ketika jelajah Deklarasi Rakyat disebabkan jawatankuasa penganjuran senantiasa mengambil-kira unsur keselamatan sebagai satu keutamaan yang tidak boleh dikompromi langsung," ujarnya dalam kenyataan.
Semalam semalam dua suspek berjaya ditahan dan di bawa ke Ibupejabat Polis Shah Alam bagi membantu siasatan ke atas insiden berlaku.
Beliau mengulas kejadian berlaku dalam progrm N2H 2.0dipercayai kasut, botol air mineral, suar dan kerusi telah dibalingkan ke arah pentas sejurus Dr Mahathir menjawab soalan salah seorang hadirin berkaitan peristiwa Memali.
Menurut Khairuddin lagi, tidak mudah untuk menganjurkan sesuatu program besar yang dihadiri oleh tokoh-tokoh pemimpin negara.
"Banyak perkara yang anak muda perlu pelajari khususnya dari aspek keselamatan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan insiden boleh berlaku ketika berhadapan dengan jemputan berskala besar.
"Insiden yang berunsur biadap, kurang ajar serta bacul sepertimana yang berlaku itu harus dikutuk sekeras-kerasnya.
"Nak tunjuk hebat dan berani ialah melalui debat secara professional kerana majlis tersebut berunsur perdebatan bersemuka," ujarnya yang merujuk ketidakhadiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mahupun wakilnya untuk hadir dalam program diadakan itu.

Kataya lagi, seluruh rakyat dapat melihat bagaimana pemimpin Umno tidak berani untuk berhadapan denga dengan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas terbuka itu.
"Keseluruhan rakyat dapat melihat secara jelas bagaimana puak bacul yang tak berani untuk berhadapan dengan Tun DrMahathir Mohamad hanya mampu membaling kasut dan disusuli dengan suar, kerusi, botol.
"Kita bersyukur kerana Allah swt telah melindungi semua yang hadir tanpa sebarang bentuk kecederaan!!
"Apapun, perbuatan tidak bertamaddun ini telah memenangkan tokoh negarawan terulung negara iaitu Tun Dr Mahathir mohamad yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran serta rintangan demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran.
"Inilah keistimewaan tun dr mahathir mohamad yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun pada usia 92 tahun," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA