Ahad, 6 Ogos 2017

Hisham, Nazri mahu SPRM siasat kekayaan keluarga Dr M

Kata Hishammuddin, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.
hishamuddin-nazri-mahathir
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu pihak berkuasa menyiasat Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ahli keluarganya berhubung kekayaan dimiliki bekas perdana menteri itu selama 22 tahun memerintah negara.
Kata beliau, adalah tidak wajar hanya sebelah pihak yang didakwa sahaja disiasat manakala pihak membuat dakwaan tidak perlu berbuat apa-apa.
Dipetik Utusan Online, beliau yang juga menteri pertahanan berkata, Dr Mahathir juga tidak sesempurna mana selama memerintah negara kerana bukan merupakan malaikat.
“Jangan kita sahaja menari mengikut rentak mereka. Tun Mahathir juga perlu disiasat (atas kekayaan dimilikinya dan ahli keluarga),” kata di Kangar hari ini.
Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Dr. Mahathir juga perlu sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aset bekas perdana menteri itu dan keluarganya seperti yang dilakukan oleh Ahmad Zahid.
Nazri, menteri pelancongan dan kebudayaan berkata, adalah tidak adil hanya timbalan perdana menteri sahaja yang disiasat berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta yang dilemparkan oleh Dr Mahathir.
“Kalau Ahmad Zahid berani untuk nyatakan dia rela disiasat, saya rasa tidak adil kalau beliau sahaja yang disiasat, orang yang membuat tuduhan pun patut disiasat sebab anaknya kaya.
“Kita pun nak tahu anak beliau tiba-tiba jadi kaya,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas, Perak.

Minggu lalu, Dr. Mahathir baru-baru ini membangkitkan isu pengisytiharan harta dibuat Ahmad Zahid semasa dilantik sebagai Ketua Pemuda Umno termasuk memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Bagaimanapun, Mahathir mengakui tiada bukti hitam putih berhubung dakwaannya.
“Pada masa itu, dia (Zahid) beri laporan mulut kepada saya, saya tidak ambil berat perkara itu. Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya ragu-ragu, saya tidak ada bukti ketika itu.
“Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dapat wang sebegitu banyak,” kata beliau.

3 ulasan:

  1. kalu penyamun umno/bn..tak habis2 kerjanyer menyamun...dan juga nak mengelirukan rakyat......bukan mahathir yg dulu suruh harta benda kekayaan pemimpin penyamun umno/bn disiasat.....ttp rakyat dan pemimpin PR dan kini PH juga....suruh siasat harta samunan pemimpin penyamun umno/bn......tapi byk sgt alasan2 bodoh korang bg....keselamatanlah...takut keluarga diculiklah.....mcm2 haramjadah punya alasan....tapi sekarang ko sibuk pula ketidak wajaran sebelah pihak pulok sedangkan dulu pemimpin PR dan kini dah disiasat dan dah dideclarekan......menipu dan berbohong adalh umpana isi dan daging pemimpin umno/bn....dah takut pulok.....hihihihihi

    BalasPadam
  2. boleh juga siasat tun. tapi sprm kena juga siasat najib, zahid, hishamudin dan nazri.

    boleh x tanya hishamudin siap BK Tan? tanya nazri hummer anak samseng dia guna tu hummer siapa beb? tanya zahid 230mil tu duit de mana? dan si najib, apa cer 2.6bil dan scandal 1MDB. kaku betul2 anakn jantan 4 ekor beruk atas ni, kluarkan status audit report drp OSA. bila si najib suruh semua tunggu audit report, rakyat sanggup tunggu, tp bila sudah siap, dikena OSA. Apa hal? byk findings kes 1MDB ka?

    BalasPadam
  3. SEMUA MAKAN DUIT HARAM TAK KIRA SIAPA DIA KALAU RAKYAR TAK HALAHKAN MACAM MANA, APA NAK JAWAB DIHADAPAN ALLAH NANTI, JANGANLAH SURUH SPRM SIASAT HARTA DR MAHATHIR SAHAJA, APA DIRI TU BAIK SANGAT KE???? ISTIHAR KAN SEMUA HARTA, ADA BERANI KE, CUBA BAGI TAHU YANG MANA SATU PEMIMPIN PEMIMPIN YANG BETUL BETUL MAKAN DARI SUMBER YANG HALAL????

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA