Isnin, 14 Ogos 2017

Ganggu forum usaha cemar demokrasi

INSIDEN provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program “Nothing To Hide 2.0” yang menampilkan Dr Mahathir Mohamad, adalah suatu perkara yang perlu dikutuk kerana melanggar peraturan dan norma demokrasi negara.
Himpunan dan program di Malaysia biasanya berlangsung secara aman dan tenteram. Jikapun ada pihak yang mahu berhentikan ceramah atau dialog, hendaklah datang dari pihak berkuasa, bukan orang awam biasa.
Lebih membimbangkan, jika peristiwa itu dirancang pihak tertentu untuk menimbulkan kekecohan dan akhirnya menggagalkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Ini memandangkan kedudukan Barisan Nasional (BN) begitu cemas sekarang ini di atas sambutan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) dan juga sokongan rakyat kepada Dr Mahathir yang menjelaskan segala skandal dan penyelewengan yang berlaku di Malaysia.
Oleh itu, kita meminta pihak keselamatan mengambil tindakan segera supaya rakyat kembali yakin kepada sistem demokrasi sekaligus bebas membuat pilihan kepada kerajaan yang mereka kehendaki memerintah selepas PRU14 nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA