Selasa, 1 Ogos 2017

Emel curi babitkan diplomat negara Teluk dalam skandal 1MDB


Emel curi babitkan diplomat negara Teluk dalam skandal 1MDB
Emel yang dicuri mengaitkan Duta UAE ke AS, Yousef Al Otaiba (kiri) dengan Jho Low dalam skandal 1MDB.
DIPLOMAT dari negara teluk menjadi individu terbaharu terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang mencetuskan siasatan penggubahan wang haram di beberapa negara.
Yousef Al Otaiba, duta Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Amerika Syarikat menarik perhatian penyiasat dari AS, Switzerland dan Singapura selepas emali yang dicuri mengaitkan beliau dengan Low Taek Jho atau lebih dijnelai sebagai Jho Low.
Emel yang dibekalkan kumpulan penggodam GlobalLeaks kepada Wall Street Journal menunjukkan hubungan jangka panjang antara Low dan Otaiba, yang merupakan pemain berprofil tinggi di Washington berlarutan sejak 2009.
Ia menunjukkan Otaiba menggunakan pengaruhnya bagi meyakinkan bank untuk memberikan pinjaman, dan mengatakan ia penting untuk hubungan UAE-Malaysia.
Laporan WSJ itu memberikan contoh, Otaiba mempengaruhi bank Abu Dhabi untuk menyertai pembiayaan semula pinjaman yang diatur Bank Deutsche kepada 1MDB dalam emel.
Dalam pemfailan rampasan aset terbaharu, Jabatan Keadilan (DoJ) AS berkata kira-kira AS$700 juta (RM2.99 bilion) daripada AS$975 juta pinjaman Bank Deutsche kepada 1MDB digunakan Low untuk membeli barang kemas kepada supermodel Australia Miranda Kerr.
Otaiba turut menggesa jutawan Thomas Barrack Jr dalam emel pada 2009 untuk menerima bidaan daripada pengendali hotel yang dimiliki dana amanah keluarga Low untuk membeli Hotel L’Ermitage di Beverly Hills, California, yang dimiliki Barrack.
Syarikat pelaburan rahsia Low membeli hotel pada 2010 lebih AS$45 juta, dan ia merupakan salah satu aset yang didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB yang mahu dirampas DoJ.

Email berkenaan turut menunjukkan Low cuba untuk mengatur maklum balas dengan Otaiba dan rakan Otaiba dari Jordan Shaher Awartani, yang turut disebut dalam emel itu, selepas beberapa negara memulakan siasatan berkaitan 1MDB.
DoJ percaya, AS$4.5 bilion diseleweng daripada 1MDB dan berusaha untuk merampas AS$1.7 bilion aset  didakwa dibeli menggunakan wang dicuri daripada 1MDB.
Otaiba merupakan tokoh utama dalam hubungan AS-UAE dan sering kali menasihati menantu Presiden Donald Trump Jared Kushner, yang merupakan White House berhubung polisi Timur Tengah.
Dia turut menggesa kerajaan AS memberi sokongan usaha UAE, Arab Saudi, Mesir dan Bahrain untuk memulau Qatar dalam krisis negara teluk yang masih berlarutan itu.

2 ulasan:

  1. Makhluk perosak laknat

    BalasPadam
  2. Adakah anda memerlukan pinjaman? Kami sah dan memberi jaminan pemberi pinjaman. Kami adalah sebuah syarikat dengan sokongan kewangan. Kami memberi pinjaman kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, untuk melabur dalam perniagaan. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan benefisiari yang boleh dipercayai seperti Kami ingin menawarkan anda pinjaman anda Hubungi kami melalui E-mel: margaretpedroloancompany@gmail.com

    Perkhidmatan yang diberikan termasuk

    * Penyatuan Hutang
    * Pinjaman Perniagaan
    * Pinjaman peribadi.
    * Pinjaman Kereta
    * Sewa dan Pinjaman Rumah

    Tulis kembali jika berminat, kadar faedah tahunan kami sebanyak 2%. Hubungi kami melalui E-mel: margaretpedroloancompany@gmail.com

    Sila ambil perhatian: Semua individu yang berminat mesti menghantar mesej ke e-mel kami untuk maklum balas dan butiran segera untuk mendapatkan Pinjaman.

    Terima kasih.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA