Khamis, 3 Ogos 2017

Dr M: Najib rasa Melayu bodoh

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menganggap orang Melayu bodoh.

“Pendapat Najib ialah orang Melayu bodoh. Bagi duit secara langsung kepada orang Melayu, mereka tidak akan soal lagi di mana pergi AS$600 juta.

“Yang hilang duit Kerajaan. Wang tunai yang diberi secara langsung lebih mudah dirasai dari duit berbilion yang hilang oleh Kerajaan,” katanya.
Bekas perdana menteri 22 tahun itu berkata demikian ketika mengulas laporan berkaitan kegagalan 1MDB membuat sebarang bayaran RM2.58 bilion kepada firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co (IPIC).
Jumlah itu telah dipersetujui dalam perjanjian penyelesaian.
Najib bagaimanapun berkata 1MDB mampu membayar dan perkara itu cuma “soal teknikal sahaja bukan soal tidak dapat bayar balik.”

Menulis di blog hari ini, Mahathir bagaimanapun menegaskan “orang Melayu bukan bodoh seperti disangka oleh Najib”.

“Mereka sudah sedar duit yang hilang itu adalah duit mereka. Hutang juga akan dibayar oleh mereka dan anak cucu mereka.
“Hutang yang tidak dibayar oleh Najib akan dipikul oleh rakyat termasuk orang Melayu. Maka akan dinaikkan cukai GST dan lain-lain,” katanya.
Mahathir juga mengingatkan bahawa kegagalan membayar hutang boleh menyebabkan negara muflis.
“Tabung Kerajaan akan merosot. Bukan sahaja dana untuk pembangunan akan kurang dana untuk operasi juga akan terhakis. Akan merosot berterusanlah ekonomi negara,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA