Isnin, 7 Ogos 2017

DAP main sentimen Melayu untuk menang di Raub, sembang Zahid

Kemenangan DAP di Parlimen Raub disebabkan parti itu memainkan sentimen perkauman dengan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum lalu, dakwa Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau mendakwa DAP meletakkan calon Melayu bagi menarik sokongan pengundi sedangkan BN mahu menghormati perkongsian kuasa antara parti komponennya dengan meletakkan calon MCA.
"Kita tahu bahawa DAP main api perkauman. Mereka telah mengkaji bahawa orang Melayu di Raub ini mahu supaya calon Melayu diletakkan.
"Ketika Datuk Seri Ng Yen Yen menjadi ahli parlimen, mereka membaca lagi (senario).
"Maka mereka membuat perkiraan (untuk letak) calon Melayu yang mewakili DAP, yang dulunya salah seorang pemimpin di sini. Tujuannya untuk memecahbelahkan orang Melayu.
"Hipotesis mereka, teori mereka menjadi betul apabila ahli parlimen Melayu yang mewakili DAP menang kali ini kerana mereka bermain sentimen Melayu," katanya semasa ucapan perasmiannya di mesyuarat perwakilan Umno bahagian Raub hari ini.
DAP meletakkan calon Melayu di Raub pada pilihan raya umum 2008 dan 2013.
Semasa pilihan raya 2008, calon DAP Abu Bakar Lebai Sudin tewas kepada calon MCA dengan 2,752 undi.
Namun pada 2013, bekas pemimpin Umno dan calon DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz mengalahkan lawannya daripada MCA dengan 2,814 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA