Sabtu, 12 Ogos 2017

DAP Mahu Jadikan Malaysia Negara Sekular sembang PAS

Oleh IZWAN ABDUL HALIM
Disebalik pergerakan politik dibawa DAP, parti itu sebenarnya mempunyai agenda mahu merubah Malaysia menjadi negara sekular apabila menzahirkan sikap anti Islam dan menghalang pelaksanaan urusan agama Islam, tetapi bersekutu dengan peranan dan doktrin politik oleh pihak Evangelis Kristian.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kerjasama dengan DAP sebelum ini adalah atas tanggungjawab dan keterbukaan dakwah, sesuai dengan peranan PAS yang membawa mesej Islam, tetapi hari ini hubungan tersebut telah putus kerana dari segi politik, parti tersebut telah membawa kerugian kepada Islam.

“Selepas daripada keputusan PRU-13 (lalu), DAP menunjukkan sikap anti Islamnya. DAP beri amaran kepada PAS, kalau PAS nak terus dengan Pakatan Rakyat, jangan bercakap soal perlaksanaan syariat, hudud, qisas, Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan, jangan bercakap.

“(Tetapi) Kita PAS, kita lebih sayangkan Islam daripada hubungan politik ini, (maka) kita putus dengan DAP. Hari ini PAS mengambil sikap bersendirian dan kita bentuk satu gagasan baru,” ujarnya pada program Sembang Santai di Felda Bukit Batu, di sini baru-baru ini.

Tegas beliau, PAS dari dahulu mengambil sikap yang boleh memberi keuntungan kepada Islam dan umatnya, serta ke arah meneguhkan kekuatan politik Islam termasuk bersetuju penyertaan dalam Kerajaan Persekutuan bersama parti Perikatan yang diketuai Umno selepas peristiwa 13 Mei 1969.

Tetapi katanya, Umno sendiri yang telah menyebabkan kelemahan kepada politik Islam dan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga telah menendang keluar PAS serta bersikap tutup pintu, selain mengadakan bermacam-macam polisi untuk memastikan PAS tidak mara dalam pilihan raya.

Antaranya jelas beliau, apabila Mahathir bertindak mengekalkan jumlah kerusi Parlimen di negeri-negeri majoriti Melayu Islam, tetapi memperbanyakkannya di negeri lain menyebabkan kuasa politik Islam semakin lemah apabila jumlah kerusinya di Parlimen semakin kecil dan tidak lagi mencapai majoriti dua pertiga.

Sedangkan bentang Ustaz Khalil, pada setiap kerusi Parlimen yang ditandingi calon Islam itu mempunyai atau melibatkan hampir 100,000 pengundi, di mana berbeza dengan kerusi baharu diwujudkan hanya terdapat sekitar 20,000 pengundi dengan diwakili calon bukan Islam.

“DAP, setelah mereka berjaya menguasai Singapura, dengan parti PAP, lalu mereka letak DAP di Malaysia, nak kuasai beberapa buah negeri, Pinang mereka sudah rampas, Sabah Sarawak dalam agenda. Jadi kita orang Islam kena sedar apa yang berlaku pada hari ini, supaya kuasa politik kita orang Islam ini terpelihara dan terjaga.

“Hari ini DAP dia banyak kerusi dalam Parlimen, dia kuasai sebuah negeri. Dalam Pakatan Harapan (PH) apa yang berlaku? DAP yang jadi bos, PAN hanya jadi alat kepada DAP. Apa sahaja yang DAP suruh buat, PAN buat. Buktinya apa? Baru-baru ini bila Presiden PAS membentangkan RUU 355, bangkit beberapa orang ahli-ahli Parlimen daripada PH.

“Tak ada seorang pun wakil daripada PAN yang bangun membantah apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen daripada DAP secara khususnya,” ujar beliau yang mengaitkan kepekaan kepada perkembangan politik adalah sunnah Rasulullah S.A.W sebagaimana Baginda melihat situasi pemerintahan Raja Najasyi di Habsyah hingga mengarah para Sahabat R.A berhijrah.

Kenyataan para pimpinan DAP juga katanya, jelas membantah usaha memperkasa Islam dan terlibat mencampuri urusan agama Islam, selain menimbulkan bermacam keraguan dan kekeliruan dalam masyarakat walaupun pada perkara yang menjadi hak orang Islam sebagaimana bantahan mereka terhadap Enakmen Jenayah Syariah Kelantan.

“DAP yang hari ini memimpin PH mahu merubah negara kita menjadi sebuah negara sekular, ini perjuangan DAP. Tak menang memerintah negara lagi, DAP sudah isytihar nak ubah Malaysia menjadi negara sekular. Bayangkan kalau DAP boleh memerintah negara. Hari ini orang tak nampak bahaya DAP, kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi.

“Cuba kita bayang jika sekiranya kuasa bukan Islam bergabung dengan kuasa bukan Islam dalam BN, kemudian orang-orang Islam seperti PAN, PKR berjaya diperalatkan oleh mereka, mereka yang akan menguasai. Ini apa yang berlaku di Pulau Pinang. Ini kebimbangan yang kita orang-orang Melayu Islam mesti sedar apa yang berlaku dalam negara kita.

“Banyak lagi agenda-agenda lain dan yang penting kita sebagai rakyat khususnya kita sebagai orang-orang Melayu Islam, kita kena sedar bahaya yang berlaku dalam negara kita pada hari ini. Yang penting kita selamatkan dengan secara Islam sahaja, cara lain sudah tidak berjaya. Cara lain gagal, yang tinggal hanyalah Islam,” serunya.

Tegas beliau, PAS memperjuangkan agenda penyelesaian Islam kepada semua masalah politik, ekonomi, rasuah, salah guna kuasa, salah urus tadbir, pembaziran, ketirisan, jenayah, keruntuhan akhlak dan moral setelah undang-undang yang ada tidak dihormati, agar perubahan negara dapat dibawa ke arah lebih baik bagi generasi akan datang.

5 ulasan:

  1. Apakah Malaysia sekarang ni negara Islam yang di bawa oleh umno wahai penjilat umno? Memang dasar pemakan dedak Umno! Malaysia yang terang-terang negara sekular dibawah Umno sejak 60 tahun dahulu kau tak nampak nampak ke? Adakah mata kau buta atau hati kau ysng buta?

    BalasPadam
  2. Habis najib jdkan malaysia negara islam? Kahkahkah...

    BalasPadam
  3. 60 tahun dah melayu islam perintah....hang butakah....ape yg jadi...la depa panggil cina kom mai..hang dok sibuk dgn dap tak habis..hang ingat semua melayu yg bukan pas nih tak berakal ke....yg hina bangsa sendiri...dan jgn islam nih milik pas dan jgn yakin sangat semua org pas masuk syurga....islam milik semua manusia

    BalasPadam
  4. Khurafat2 dimalaysia....kalu tentang PAS bermakna tentang islam...masuk neraka....jika umno/bn kalah melayu akan merempat.....khurafat yg dibisikkan oleh syaitan dr kalangan jin dan manusia yg angkuh dan sombong spt perangai iblis....

    BalasPadam
  5. ni ketua pemuda paling bodoh... jd ketua pemuda pn psl dia ank hadi.... la ni malaysia negara apa... akal dok kat kepala lutut...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA