Jumaat, 4 Ogos 2017

'DAP beritahu PAN masuk kubur tuailah hasilnya' sembang Nik Abduh



Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menggelarkan Amanah sebagai gembala yang membaja 'zikir ciptaan DAP' berhubung sokongan Pas terhadap Umno.
Dilihat berang dengan tanggapan umum bahawa kerajaan negeri Kelantan di bawah Pas pada masa ini lemah, Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan mempersoal adakah dakwaan yang diajar DAP itu akan diteruskan sehingga ke kubur.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz"Mereka kata, kerajaan Kelantan lemah. Saya tanya, mana lemah dengan BN? Mereka jawab, jangan banding dengan BN. Bandingkan dengan Penang.
"Mereka kata, Pas dah sokong Umno. Saya tanya, nak ratib zikir DAP ajar gitu sampai ke kuburkah?
"Pas sokong Umno adalah zikir ciptaan DAP yang dibaja gembala oleh PAN. DAP bagitahu PAN, masuk kubur nanti, kamu tuailah hasilnya," ujar Nik Abduh lagi.
PAN adalah singkatan yang sering digunakan pemimpin Umno dan Pas bagi merujuk kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Kenyataannya yang dipetik dari Facebook beliau itu, bagaimanapun hari ini menyaksikan lebih banyak kecaman pengguna Facebook berbanding reaksi menyokong dakwaannya.

9 ulasan:

  1. PAS dah perintah Kelantan 27 tahun tetapi gagal mempamerkan sebuah kerajaan islam yang berjaya kepada rakyat. DAP perintah pulau pinang dan berjaya. Elok PAS belajar daripada DAP.

    BalasPadam
  2. Kalu dah mat buduh tu....mmg sombong bodohlah tu.....yg mendakwa PAS sokong UMNO/Bn tu bukan DAP sajerlah dol......semua rakyat yg nampak perangai PAS tu......PAS tolong UMNO/BN sbb terpedaya dan dibodohkan oleh umno/bn......

    BalasPadam
  3. Nik Abduh xda tokoh kpmimpin. Dlm parlimen xbwa suara. Diam seribu bahasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mcm mana tak diam, dia tak tahu nak berbahas sbb hujah tiada.

      Padam
  4. Di parlimen dia jadi MP pasu bunga, panaskan kerusi sahaja, dah tu boleh tuntut elaun , dia ni dengan arwah TGNA bezanya seperti langit dengan bumi

    BalasPadam
  5. sanggup dia buat fitnah.

    takut nanti masuk kubur dia kena hemtam.

    kasihan kat tadak tokoh langsung.

    BalasPadam
  6. Jgn hina dia. Itulah tahap pemikiran salah seorg pemimpin top lebai

    BalasPadam
  7. Mohon jangan hina nik Abduh.
    Cara terbaik katakanlah itu sahaja mentaliti nik Abduh boleh capai.Tahniah buat nik Abduh.. kekalkanlah gaya mentaliti sebegitu... kerana itu sahaja keupayaan kamu.. kami semua sokong sepenuhnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg kerja dia pun hanya mampu menghina orang lain.. doktrin Pas yang tidak pernah ditarbiyyah sebegitu oleh arwah TGNA

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA