Khamis, 3 Ogos 2017

Skandal 1MDB: Bon BNM RM2.5b untuk lunaskan hutang IPIC

Bank Negara Malaysia (BNM)  yang  meluluskan pengeluaran bon berjumlah RM 2.5 billion. Adakah ini berlaku secara kebetulan dengan janji  1Malaysia Development Berhad (1MDB) bahawa bayaran kepada IPIC akan dibuat pada bulan Ogos ?  soal Naib Presiden AMANAH Datuk Husam Musa.
Menurutnya, tarikh pembukaan bon oleh BNM ini ialah pada 1 Ogos dan tarikh pengeluaran adalah 4 Ogos.
"Sehari sebelum lima hari masa sambungan diizinkan oleh Mahkamah Arbitrasi London untuk 1MDB melunaskan bayaran sejumlah RM 2.585 billion untuk pusingan pertama," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kod tender bagi bon itu katanya, adalah 201700001701 dan maklumat mengenainya boleh dibaca di laman BNM.
"Berbahagialah penyangak 1MDB," sindirnya.
Bagi beliau, rakyat Malaysia yang dukacita dengan kerugian sebesar ini, mereka tidak dapat berbuat apa-apa sekalipun mengeluarkan air mata darah.
"GII Murabahah ini akan matang 20 tahun lagi iaitu 4 Ogos 2037.
"Umur Datuk Seri Najib di masa itu adalah 84 tahun, jika masih hidup untuk sama membayar bon ini bagi tujuan pembayaran dua kali dosa 1MDB," katanya.
Husam  mengulas mengenai  kenyataan 1MDB pada  Selasa, yang  mengumumkan pihak syarikat akan mula membuat bayaran kepada  anak syarikat Abu Dhabi,International Petroleum Investment Co (IPIC) bermula Ogos ini.
Kelewatan bayaran kepada IPIC berpunca daripada dana yang sepatutnya diterima oleh 1MDB pada Julai belum diterima masuk lagi.
Beberapa syarat tambahan diperlukan bagi meluluskan proses kemasukan dana tersebut dan 1MDB telah menulis kepada IPIC berhubung kelewatan tersebut dan menjelaskan bahawa bayaran hutang kepada IPIC akan dibuat bermula Ogos ini.
Ini susulan pada 31 Julai lalu, 1MDB telah melepasi tempoh akhir bayaran kepada IPIC. Jumlah yang perlu dibayar oleh 1MDB kepada IPIC sejumlah RM2.58bilion.

1 ulasan:

  1. Lubang semakin terbuka luas....lu tungguuuuuu....penyamun penyamun semua....gari semakin menghampiri....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA