Khamis, 3 Ogos 2017

Armada berjaya itu ialah Pakatan Harapan

Salah satu kegembiraan hasil terbentuknya Pakatan Harapan (HARAPAN) ialah teguhnya persaudaraan esprit de corps atau semangat komrad yang dikongsi bersama di kalangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PKR, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Mohammad Sabu misalnya, semasa dalam tahanan Operasi Lalang 1988 pernah berkongsi sel dengan Lim Guan Eng.
Apabila mereka bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu perdana menteri dan menteri dalam negeri - tokoh yang bertanggungjawab menandatangani arahan menangkap mereka di bawah seliaan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar - Mohamad dan Lim disambut baik dengan senyuman dan gelak ketawa.
Tempoh dalam penjara - walaupun mencabar - telah mendidik mereka menjadi lebih humanis. Sebaliknya, Dr Mahathir sedar andai kata beliau berusaha mengenali mereka berdua - juga Datuk Seri Anwar Ibrahim - terlebih dahulu mungkin ketiga-tiganya tidak akan dihumban ke dalam penjara.
Tak nampak angkuh
Empati Dr Mahathir adalah satu lagi sebab untuk berlapang dada. Beliau tidak menyuruh anaknya terus bermusuh, sebaliknya menganjurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melucutkan topi darjat masing-masing dan berbaik-baik dengan mereka.
Lim Kit Siang juga tidak menuntut kemaafan mahu pun pampasan.
Meskipun terpaksa menempuh kesusahan sepanjang bergelar tahanan politik, Kit Siang mengekalkan jati diri dan kehormatan beliau dengan menggalakkan anak buahnya seperti Liew Ching Tong dan Tony Pua untuk terus menghormati orang lama seperti Dr Mahathir dan Muhyiddin.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah Anwar wajar diberikan tabik hormat.
Biarpun terpaksa menanggung keperitan berpisah dengan suami dan bapa, mereka menjadikan itu suatu peluang untuk “Selamatkan Malaysia.”
Ia sebuah langkah yang wajar dipuji dan diberi perhatian.
Jika anda lihat cara pemakaian ahli-ahli politik ini, tiada bermewah-mewahan, daripada penggayaan jam Casio plastik ke kemeja-T putih, baju kebaya dan tudung.
Tidak ada seorang pun anggota HARAPAN pernah terlibat dalam apa-apa skandal rasuah. Tiada. Sebaliknya, enam buah negara di peringkat antarabangsa telah mengambil langkah undang-undang untuk memenjara pengurus bank yang terlibat dalam 1MDB, yang tentunya kini dikenali sebagai “Sapu Malaysia.”
Lebih daripada itu, kepentingan Islam tidak pernah disaring oleh DAP, malah tesis Ching Tong dari Universiti Kebangsaan Australia berkisar tentang ahli progresif PAS yang kini menubuhkan AMANAH.
Mampu islahkan Malaysia
Datuk Raja Bahrin dahulunya orang PAS daripada kerabat dirajanya yang tersendiri, tetapi tiada langsung unsur keangkuhan.

Sebagai seorang arkitek dan antara tokoh yang terkemuka dalam seni bina Islam, beliau mengambil pilihan yang tepat untuk memahami bagaimana segelintir seni binaan telah keterlaluan dalam mahu menjadi Arab.
Khalid Samad - anggota parlimen Shah Alam - seorang yang tegas, keras dan ada kala kata-katanya pedas. Namun, beliau mendengar dengan baik mesyuarat polisi.
Hal yang sama boleh diperkatakan mengenai Datuk Seri Azmin Ali yang sentiasa memberikan keluasan dan keseimbangan berfikir.
Pemutus kata dalam DAP – yang selalu dipandang jahat oleh orang Melayu – sentiasa berpihak kepada keadilan, ketelusan dan kebertanggungjawaban dan ini semua adalah nilai-nilai Islam.
Dr Mahathir tahu yang beliau punyai armada kemenangan. Dan andai semua pihak mampu memfokuskan perhatian kepada formula satu lawan satu menghadapi BN, pemerintahan Datuk Seri Najib Razak akan dihentak kuat.
Kuncinya ialah, pembinaan kombinasi hebat yang mampu mengislah Malaysia untuk kebaikan generasi akan datang dan seterusnya.

RAIS HUSSIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA