Sabtu, 5 Ogos 2017

Angkat sumpah Raus Sharif ‘titik hitam’ bagi negara, kata Anwar


Angkat sumpah Raus Sharif ‘titik hitam’ bagi negara, kata Anwar
Anwar Ibrahim melahirkan kekesalan dengan majlis angkat sumpah pelantikan ketua hakim negara memandangkan Perlembagaan Persekutuan negara dengan jelas tidak membenarkannya. 
MAJLIS angkat sumpah Md Raus Sharif sebagai ketua hakim malam tadi adalah "titik hitam" dalam lembaran sejarah kehakiman dan Perlembagaan Malaysia, kata pemimpin de facto PKR Anwar Ibrahim.
"Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan pelantikan-pelantikan ini," kata Anwar dalam satu kenyataan, merujuk kepada pelantikan Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai presiden Mahkamah Rayuan.
Memandangkan mereka sudah melepasi had umur bagi jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, pelantikan itu mencetuskan kontroversi dan mendorong Majlis Peguam Malaysia berikrar untuk melakukan cabaran undang-undang kerana dianggap tidak mengikut Perlembagaan.
Raus mengangkat sumpah malam tadi sebagai ketua hakim negara bagi tempoh tiga tahun lagi.
Beliau dan Zulkefli dilantik sebagai hakim tambahan di Mahkamah Persekutuan pada 7 Julai oleh Pejabat Perdana Menteri, yang menyaksikan lanjutan perkhidmatan selama tiga dan dua tahun.
Raus dilantik sebagai ketua hakim negara ke-14 pada 1 April, mengambil alih daripada Arifin Zakaria, yang bersara selepas mencapai had usia 66 tahun dan enam bulan pada 3 Mac.

1 ulasan:

  1. Jika perlembagaan negara tidak lagi dipatuhi, maka di mana letaknya keluruhuran perlembagaan yang di war war dalam rukun negara?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA