Rabu, 9 Ogos 2017

Altantunya: Sirul mungkin ditahan selama-lamanya di Australia


Sirul mungkin ditahan selama-lamanya di Australia, lapor media
Sirul Azhar Umar disabitkan bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan melarikan diri ke Australia pada 2014. 
BEKAS pengawal Perdana Menteri Najib Razak, yang disabitkan bersalah atas tuduhan menculik dan membunuh Altantuya Shaariibuu, diberikan tempoh sehingga Isnin ini untuk meyakinkan pihak berkuasa Australia dia layak untuk diberikan visa perlindungan, lapor The Australian.
Sirul Azhar Umar, pada 31 Julai menerima sepucuk surat dari Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan negara itu yang menyatakan permohonannya mungkin akan ditolak kerana dia terlibat dalam jenayah bukan politik sebelum masuk ke Australia pada Oktober 2014.
Bekas koperal polis itu melarikan diri ke Brisbane ketika Mahkamah Persekutuan menimbangkan rayuan pihak pendakwa berhubung pembebasannya selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan yang dibuat Mahkamah Tinggi.
Dia ditahan pihak berkuasa imigresen Australia dan dihantar ke Pusat Tahanan Villawood pada Januari 2015, beberapa hari selepas sabitannya dikekalkan Mahkamah Persekutuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA