Jumaat, 11 Ogos 2017

Akhirnya 1MDB bayar IPIC AS$350 juta selepas delegasi China melawat Malaysia......

SUDAH dibayar. 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam membayar AS$350 juta bagi bahagian pertama skim pembayaran semula hutang kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Co. (IPIC), kata sumber perbankan.
Syarikat pelaburan Malaysia yang sarat hutang itu diberikan tempoh seminggu lalu sehingga Sabtu untuk membayar AS$310 juta selepas ia terlepas tarikh akhir asal 31 Julai yang turut diberikan lanjutan lima hari.
“"IPIC menerima AS$350 juta, bukannya AS$310 juta dan memperolehnya lebih awal, hari ini Khamis, bukan tarikh akhir Sabtu bagi bahagian pertama,” kata sumber bank kepada The Malaysian Insight awal pagi ini.
The Malaysian Insight difahamkan wang kepada IPIC dibayar daripada akaun 1MDB di Malayan Banking Berhad (MBB), kumpulan perbankan terbesar Malaysia.
Bayaran itu dibuat sehari selepas delegasi China melawat Malaysia untuk majlis pecah tanah projek berbilion ringgit Rel Kereta api Pantai Timur (ECRL) – projek penting di bawah program China, One Belt One Road (OBOR).

1 ulasan:

  1. Wah macam ada loan ngan cina merah jer...apa tergadai lagi ni. Hahahaga

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA