Rabu, 2 Ogos 2017

Ahmad Zahid elak soalan 'aset' miliknya

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas soalan daripada wartawan berhubung pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai aset miliknya.
Ahmad Zahid dikelilingi oleh wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Sumber Air dengan ketua menteri dan menteri besar di bangunan Parlimen.
Beliau diminta mengulas dakwaan Dr Mahathir bahawa Ahmad Zahid pada tahun 1996 pernah mengisytiharkan bahawa terdapat ratusan juta jumlah dalam akaun banknya.
Dr Mahathir berkata bahawa perisytiharan aset itu dibuat ketika beliau adalah perdana menteri dan jawapan yang diberikan oleh Ahmad Zahid adalah “kurang jelas”.
Zahid, yang lazimnya cukup mesra dengan wartawan mengabaikan semua soalan dan sebaliknya mengelakkan dirinya dengan pengawal peribadinya menghalang petugas media daripada menghampirinya.

2 ulasan:

  1. Mujurlah zahid ni orang umno, jika pembangkang, dah lama sprm serbu. Aku yakin dr M tidak fitnah zahid. Bebaskah sprm macam ni?

    BalasPadam
  2. Jawap hid....ko jgn jolok tebuan tua. Aaah...kan dah kena. Ko ingat tun tu nyanyok ke....semua dlm kocek dia. Sapa lg menteri yg tjuk hero..mna Salleh.. mna yg lain. Nazri telor dia dh tenggelam...
    Fuad Jasa....xda Tun heran pun..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA