Sabtu, 5 Ogos 2017

1MDB - Malapetaka Buat Malaysia

Hari ini 5 Ogos 2017 (12.00 tengahari) adalah  tarikh akhir lanjutan 5 hari yang diberikan kepada 1MDB (yang telah diambilalih 100% oleh Kementerian Kewangan) untuk mambayar sejumlah RM2.58 bilion kepada IPIC.

Rakyat menunggu penuh debar sama ada bayaran tersebut boleh dilunaskan atau tidak. Mungkinkah "masalah teknikal" yang dinyatakan oleh PM Najib di Parlimen beberapa hari lepas sudah selesai? Jika selesai maka bayaran akan dibuat sebelum pukul 12.00 tengahari nanti. Jika tidak selesai, apakah pula alasan yang akan beliau hidangkan kepada rakyat?

Adakah "masalah teknikal" itu ada hubungkait dengan terbitan bon berjumlah RM2.5 bilion yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Ogos yang lalu? Langganan hanya dibuka untuk tempoh 4 hari sahaja berakhir 4 Ogos. Adakah terbitan bon tersebut sudah habis dilanggan? Sehingga saya menulis pandangan ini, tiada sebarang berita dari BNM. Jika habis dilanggan, pihak mana yang melanggannya? Rakyat berharap tidak ada agensi awam yang diperkuda untuk membeli bon tersebut. Ini kerana sudah pasti wang rakyat (pembayar cukai) yang akan digunakan.

Menteri Kewangan Kedua, Dato' Johari Ghani menafikan penerbitan bon secara tergesa-gesa oleh BNM ada kaitan dengan pembayaran hutang kepada IPIC. Penafian ini sudah dijangka. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia sangat banyak benar kebetulannya.

Tempoh matang bon tersebut ialah 20 tahun. Ini bermakna pihak yang melanggan akan mendapat pulangan berupa modal dicampur keuntungan mereka selepas 20 tahun. Oleh kerana bon ini diterbitkan oleh BNM, dengan kata lain Kerajaan Malaysia, maka kerajaan yang akan membayarnya. Dari mana kerajaan mendapat wang? Sudah pasti melalui keringat rakyat dalam bentuk cukai. AKHIRNYA RAKYAT JUGALAH YANG AKAN DIPERAH HABIS-HABISAN.

Jika terbitan bon tersebut digunapakai untuk membayar hutang 1MDB kepada IPIC pada hari ini, maka sekali lagi tercatat dalam sejarah rakyat diperhamba oleh sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab.

1MDB - Skandal kewangan terbesar di dunia abad ini, telah dipertahankan oleh PM Najib, Menteri-Menteri, Umno dan rakan sekutu mereka mengakibatkan ekonomi negara berada di dalam keadaan tenat, matawang ringgit jatuh merudum, defisit belanjawan yang teruk, kehilangan kepercayaan pelabur asing, pengangguran meningkat dan hutang negara yang melambung tinggi.

Lebih malang lagi apabila GST dikenakan ke atas semua rakyat tanpa mengambilkira jurang pendapatan. Rakyat miskin, kanak-kanak, warga emas, golongan kurang upaya, yang tidak bekerja turut dipaksa membayar GST. Malah lebih menyedihkan orang yang baru meninggal dunia juga turut membayar GST.

Rakyat tidak akan mempersoal kerajaan jika negara khususnya khazanah negara diurus dengan baik. Apa yang dikehendaki oleh rakyat ialah kerajaan yang baik. Kerajaan yang mentadbir negara dan mengurus khazanah dengan jujur. Kerajaan yang mampu menyenangkan rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan rakyat.

Apa yang berlaku kepada 1MDB menunjukkan bahawa syarikat tersebut sengaja dirancang penubuhannya dengan tujuan yang amat jelik iaitu dari awal mereka telah berniat mahu merompak dan menyamun khazanah negara. Mereka telah merancang agar rakyat diperkuda untuk menyelesaikan kemelut yang melanda 1MDB gara-gara nafsu besar isteri, famili, anak tiri dan kroni.

Hanya satu peringatan dari rakyat kepada kleptokrat - "sepandai-pandai tupai melompat, akan jatuh ke tanah juga".

Sedarlah saudaraku wahai rakyat Malaysia.

ZAIDI AHMAD
Pekan

3 ulasan:

  1. Kain kapan, papan keranda dan semua alat alat untuk urusan pengkebumian buat masa ini kena GST kan?? Saya dah 66 nak masuk 67 tahun, saya dan isteri simpan wang tunai RM2K (ENTAH CUKUP ENTAH TIDAK) untuk digunakan jika salah seorang dari kami sampai ajal, meninggal dunia, sebahagian dari wang tersebut adalah wang untuk GST, bermakna orang yang baru meninggalpun bayar GST ....memang betul tak salah lagi...GASAK SAMPAI TUMPO

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang cina lagi teruk lah apabila meninggal contohnya Rambo Chin telah menyediakan rm60 ribu untuk upacara pengkebumiannya. Jika matipun kena GST, bermakna dia kena top up rm3600 lagi woi. Hidup susah,
      Mati pun susah kata Alias kongo dlm filem madu tiga.

      Padam
  2. KABAR BAIK!!!

    Nama saya Aris Mia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua pencari pinjaman sangat berhati-hati, karena ada penipuan di mana-mana, mereka akan mengirim dokumen perjanjian palsu untuk Anda dan mereka akan mengatakan tidak ada pembayaran dimuka, tetapi mereka adalah orang-orang iseng, karena mereka kemudian akan meminta untuk pembayaran biaya lisensi dan biaya transfer, sehingga hati-hati dari mereka penipuan Perusahaan Pinjaman.

    Beberapa bulan yang lalu saya tegang finansial dan putus asa, saya telah tertipu oleh beberapa pemberi pinjaman online. Saya hampir kehilangan harapan sampai Tuhan digunakan teman saya yang merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Ibu Cynthia, yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari Rp800,000,000 (800 juta) dalam waktu kurang dari 24 jam tanpa tekanan atau stres dan tingkat bunga hanya 2%.

    Saya sangat terkejut ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah yang saya diterapkan, telah dikirim langsung ke rekening bank saya tanpa penundaan.

    Karena saya berjanji bahwa saya akan membagikan kabar baik, sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda membutuhkan pinjaman apapun, silahkan menghubungi dia melalui email nyata: cynthiajohnsonloancompany@gmail.com dan oleh kasih karunia Allah ia tidak akan pernah mengecewakan Anda dalam mendapatkan pinjaman jika Anda menuruti perintahnya.

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: ladymia383@gmail.com dan Sety yang memperkenalkan dan bercerita tentang Ibu Cynthia, dia juga mendapat pinjaman baru dari Ibu Cynthia, Anda juga dapat menghubungi dia melalui email-nya: arissetymin@gmail.com sekarang, semua akan saya lakukan adalah mencoba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya bahwa saya kirim langsung ke rekening mereka bulanan.

    Sebuah kata yang cukup untuk bijaksana.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA