Selasa, 1 Ogos 2017

1MDB DIKECUALIKAN CUKAI PENDAPATAN SEJAK 2010


KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikat milik penuhnya mendapat pengecualian cukai pendapatan termasuk dividen bagi tempoh 10 tahun mulai 2010.
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia selaras dengan Seksyen 127 (3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
“Pengecualian cukai ini juga termasuk cukai keuntungan harta tanah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri) di Dewan Rakyat.
Dalam soalannnya, Teck Hwa meminta Menteri Kewangan menyenaraikan pembayaran cukai syarikat, zakat perniagaan dan cukai hartanah yang telah dibayar 1MDB dari 2013 hingga 2017.
Najib berkata, pengecualian cukai itu bagaimanapun tidak merangkumi anak syarikat lain seperti Edra dan anak syarikatnya yang telah peroleh 1MDB selepas 2010.
“Selaras dengan ini, pembayaran cukai syarikat di dalam dan di luar negara adalah seperti berikut: 2013 (RM199, 058,000), 2014 (RM212, 911, 000), 2015 (RM259, 168,000), 2016 (tiada – Edra telah dijual pada 2016), 2017 (tiada),” katanya.
Sementara itu, katanya, selaras dengan Pelan Rasionalisasi, 1MDB hanya mempunyai 16 pekerja tempatan ketika ini,17 pekerja (Disember 2016) dan 35 pekerja (Disember 2015).
Manakala, bagi pekerja luar negara, beliau berkata, 1MDB mempunyai seorang pekerja pada Disember 2013 dan dua orang (Disember 2014).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA